Loading...

COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Loading...
COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Baca juga


COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA - Pada 5 Mac lalu adalah kali terakhir kes harian COVID-19 mencatatkan angka melebihi 2,000 kes apabila 2,154 penularan dilaporkan.

Sejak dari tarikh itu, kes harian COVID-19 tidak pernah melebihi 1,700 kes malah pernah turun kepada 941 kes pada 29 Mac lalu.

Namun, hari ini kes baharu COVID-19 kembali melonjak menghampiri angka 2,000 kes apabila 1,854 penularan dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri tertinggi melaporkan kes baharu ialah Sarawak dengan 555 kes.

Menurut beliau, ini diikuti Selangor dengan 403 kes dan Pulau Pinang, 176 kes.

Selain tiga negeri berkenaan, empat negeri lagi turut melaporkan tiga angka kes baharu termasuk Kelantan dan Sabah yang masing mencatatkan 143 kes dan 138 kes.

Perlis pula menjadi satu-satunya negeri atau wilayah yang mencatatkan sifar pertambahan kes baharu.

“Hari ini juga menyaksikan lima lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan dengan tiga daripadanya warganegara.

“Pertambahan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian kini sebanyak 1,313 kes,” katanya menerusi media sosial beliau sebentar tadi.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kes sembuh yang dilaporkan hari adalah 1,247 iaitu lebih rendah daripada kes baharu.

Katanya, ini menjadikan kes aktif meningkat kepada 14,805 kes.

“Daripada jumlah itu, 169 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: 1,285 kes baharu, Kluster Penjara Sungai Buloh lapor kes tertinggi

Tambah Noor Hisham, sebanyak 20 kes import dilaporkan hari ini manakala daripada 1,834 kes tempatan, 218 kes adalah terdiri daripada bukan warganegara.

Ujar beliau, pertambahan kes yang tinggi di Sarawak disebabkan pertambahan kluster-kluster di kalangan komuniti termasuklah rumah-rumah panjang.

Katanya, faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah acara-acara keramaian dan aktiviti-aktiviti sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, dan lain-lain acara keraian.

“Pada hari ini sahaja, Sarawak melaporkan dua kluster komuniti yang baharu iaitu Kluster Sungai Gemuan dan Kluster Disso.

“Keseluruhannya KKM ingin memaklumkan terdapat tujuh tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti,” katanya.

Selain dua di Sarawak, negeri lain yang mencatatkan pertambahan kluster adalah Sabah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. #sumber



Demikianlah Artikel COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Sekianlah artikel COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/covid-19-sebanyak-1854-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "COVID-19: Sebanyak 1,854 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...