Loading...

Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !

Loading...
Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !
link : Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !

Baca juga


Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !

 

PUTRAJAYA - Diskaun 70% selama dua bulan ditawarkan untuk semua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula esok termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata tawaran diskaun untuk saman yang boleh dikompaun itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-75 JPJ, melibatkan 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini.

Beliau berkata, pembayaran saman dengan diskaun ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

“Saya galakkan bayar saman ini secara dalam talian bagi mengelakkan berlaku kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratkan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun JPJ ke-75.

Wee berkata, JPJ juga memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ hari ini bagi mengelakkan 3C (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ.

“Aplikasi mudah alih itu membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran, selain mesra orang kurang upaya (OKU) serta warga emas,” katanya.

Sempena ulang tahun itu juga, JPJ melancarkan siri nombor pendaftaran “FD” bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida selama lima hari bermula hari ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

Wee berkata, bidaan nombor pendaftaran itu akan ditutup jam 10 malam pada Jumaat dan keputusannya diumumkan pada 17 April.

“Siri FD merupakan kesinambungan dari siri “FC” yang menjadi perintis bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian iaitu JPJeBid yang kini telah dilaksanakan di seluruh negara,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !

Sekianlah artikel Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/diskaun-70-selama-dua-bulan-di-tawarkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Diskaun 70% Selama Dua Bulan Di Tawarkan Untuk Semua Jenis Saman JPJ Bermula Esok !"

Catat Ulasan

Loading...