Judul : Isu Kontroversi 'Selesai', Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa
link : Isu Kontroversi 'Selesai', Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa
Isu Kontroversi 'Selesai', Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kontroversi wanita Malaysia, Illi Najwa Anuar Hussein Saddique mengahwini kapten pasukan hoki India selesai kerana Manpreet Singh Pawar memeluk Islam sebelum berkahwin.
Beliau dipetik Harian Metro sebagai berkata, siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ke atas kes itu sudah selesai.
“Jadi, satu bonus pada kita kerana suami (Illi Najwa) memeluk Islam, tetapi isu memeluk Islam ini bagi warganegara India mungkin sangat sensitif.
“Justeru, kita tidak mahu isu ini ditonjolkan sangat. Apa yang paling penting, matlamat sebenar kita dah dapat menyelamatkan akidah dia (Illi Najwa),” katanya dipetik akhbar itu.
Beliau berkata demikian selepas Program Jelajah Malaysia Prihatin Taklimat Isu Semasa-Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.
Disember lalu, Sultan Johor mengarahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status agama wanita itu yang dilaporkan berkahwin dengan Manpreet, 28, di kampung halaman lelaki itu di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab, India.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa duka cita atas dakwaan pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan mengikut upacara keagamaan yang bercanggah ajaran Islam.
Bagaimanapun, pada 18 Mac lalu, media melaporkan siasatan JAINJ mengesahkan Illi Najwa masih beragama Islam, hasil keterangan wanita itu, ibunya dan beberapa saksi lain. #sumber
Demikianlah Artikel Isu Kontroversi 'Selesai', Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa
Anda sekarang membaca artikel Isu Kontroversi 'Selesai', Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/isu-kontroversi-selesai-kapten-hoki.html
0 Response to "Isu Kontroversi 'Selesai', Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa"
Catat Ulasan