Loading...

Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

Loading...
Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng
link : Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

Baca juga


Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

 

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadangan membina lapangan terbang baharu di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini sebagai strategi menarik lebih ramai pelabur berpotensi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Rahim Muda berkata, ia juga bersesuaian dengan status bandar raya diperoleh Kuantan pada 21 Februari lalu.

“Pembinaan lapangan terbang itu adalah antara usaha terbaharu kerajaan negeri menjadikan kawasan perindustrian Gebeng sebagai daerah perindustrian berpendapatan tinggi.

“Sekarang ini beberapa syarikat luar sudah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri dan bersedia untuk melabur di Kuantan. Inilah peluang kerajaan negeri meningkatkan ekonomi dan menambahkan hasil seterusnya memberi kemakmuran kepada rakyat Pahang,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Abd. Rahim berkata, setakat ini tidak ada sebarang kenaikan cukai taksiran untuk daerah Kuantan selepas mendapat status bandar raya.

“Persoalan ini sudah banyak kali disuarakan oleh ramai pihak dan saya boleh memberi pengesahan ia tidak berlaku (kenaikan cukai taksiran) dalam masa terdekat.

“Sebenarnya kerajaan negeri boleh menaikkan cukai (taksiran) tanpa menunggu status bandar raya, tapi itu bukan hasrat utama kerana kita lebih mementingkan agenda menjaga kesejahteraan rakyat berbanding mengutip cukai,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan kerajaan negeri sedang meneliti cadangan menaik taraf status bandar Pekan dan Cameron Highlands kepada perbandaran.

“Kita memang ada perancangan untuk menaik taraf pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pekan dan Cameron Highlands kepada Majlis Perbandaran Pekan dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands. Memang ada usaha ke arah itu (naik taraf).

“Selain itu, kita juga melihat kepada kemungkinan lain seperti naik taraf status Bentong dan Temerloh sebagai bandar raya, cuma buat masa ini kita lihat daerah Bentong paling berpotensi dijadikan bandar raya dalam masa beberapa tahun akan datang,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/kerajaan-pahang-pertimbangkan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng"

Catat Ulasan

Loading...