Loading...

Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !

Loading...
Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !
link : Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !

Baca juga


Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 12 hari bermula 11 Ogos depan untuk menyambung perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Peguam Nur Syahirah Hanapiah sebelum itu memberitahu media, perbicaraan kes berkenaan sebelum ini ditetapkan untuk disambung bicara pada 11 dan 12 Ogos ini.

"Bagaimanapun, mahkamah hari ini menambah tarikh perbicaraan selama 10 hari bermula 6 hingga 9 September, 4 hingga 7 Oktober dan 20 serta 21 Oktober ini," katanya.

Terdahulu, kes itu hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Catherine Nicholas.

Turut hadir, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkifli dan peguam Goh Cia Yee mewakili Arul Kanda.

Tujuh saksi pendakwaan termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sudah memberi keterangan dalam perbicaraan dan pihak pendakwaan dijadualkan memanggil 11 saksi lagi dalam pendengaran kes yang kali terakhir dilangsungkan pada 13 Oktober tahun lalu.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !

Sekianlah artikel Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/mahkamah-tetapkan-12-hari-bermula-11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Tetapkan 12 Hari Bermula 11 Ogos Sambung Bicara Kes "Pindaan" Laporan Audit !"

Catat Ulasan

Loading...