Loading...

Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya

Loading...
Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya
link : Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya

Baca juga


Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya

 


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengesan pelakon dan penerbit video iklan mempromosikan judi dalam talian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan.

"Pada 15 April, terkesan satu video yang tular berdurasi 2 minit dan 1 saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian.

"Isi kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, susulan itu, siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

"Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

"Orang ramai diingatkan suapaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam," katanya.

Semalam, video berkenaan tular di media sosial hingga mendapat kritikan netizen.

Video berkenaan dipercayai dikeluarkan sindiket perjudian dalam talian yang memperhebat promosi kegiatan haram itu di media sosial sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang tular itu memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan 'duit raya'. #sumber



Demikianlah Artikel Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya

Sekianlah artikel Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/mendatangkan-kegusaran-awam-polis-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mendatangkan Kegusaran Awam: Polis Akan Siasat Penerbit Dan Pelakon Iklan Judi Raya"

Catat Ulasan

Loading...