Loading...

MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !

Loading...
MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !
link : MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !

Baca juga


MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !

 

KLANG - MIC akan terus menyokong pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa ini, kata Presiden parti itu Tan Sri S Vigneswaran hari ini.

Beliau menambah bahawa MIC akan kekal bersama-sama dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) sehingga berlakunya “perkembangan baharu” dalam Barisan Nasional (BN).

Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-74 parti itu di sebuah hotel di Klang, Vigneswaran berkata, MIC bagaimanapun menghormati keputusan perhimpunan agung UMNO minggu lepas untuk memutuskan hubungan dengan PPBM sebelum pilihan raya umum ke-15.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan politik seterusnya,” kata beliau.

Walaupun tidak hadir pada acara hari ini, Muhyiddin dipaparkan di skrin sedang mengikuti mesyuarat agung MIC itu secara langsung.

Presiden MCA, Wee Ka Siong hadir ke acara tersebut.

Vigneswaran juga menghargai keputusan Perdana Menteri melantik Ahli Parlimen tunggal parti itu sebagai menteri, merujuk kepada Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

“Ironisnya, ia dibuat tanpa dicadangkan oleh pemimpin Barisan Nasional seperti disebut oleh Muhyiddin sebelum ini.

“BN juga tidak mencadangkan calon daripada MIC untuk jawatan Timbalan Menteri atau Senator,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaan rakyat hanya boleh diraih jika kerjasama antara PN dan BN mengutamakan keperluan mereka.

“Perselisihan antara UMNO dan PPBM boleh diatasi sama seperti langkah PAS dan UMNO menguburkan perbezaan antara mereka sejak 40 tahun lepas.”

Berhubung pengagihan kerusi, beliau menyuarakan kebimbangan berhubung kemungkinan berlakunya perebutan kerusi dalam kalangan parti orang Melayu.

Menyindir UMNO, Vigneswaran mengingatkan BN supaya tidak memperlekeh MIC dengan memberikan kepada parti itu kerusi yang sukar dimenangi bagi pilihan raya umum ke-15 kelak.

“Isunya apa-apa keputusan yang dibuat oleh UMNO hendaklah dipersetujui oleh MIC,” katanya.

Vigneswaran juga mencadangkan agar semua parti dalam BN bersedia berkorban dan melepaskan kerusi pada PRU-15.

Beliau berkata, MIC perlu memastikan masyarakat India diwakili dalam kerajaan bagi menjamin parti itu tidak ketinggalan.

Justeru katanya, penting bagi MIC untuk bertanding di kerusi tradisinya.

“Maksud saya kerusi yang boleh dimenangi. Jangan perlekeh kami dengan memberi kerusi yang tidak boleh dimenangi,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !

Sekianlah artikel MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/mic-sokong-muhyiddin-pada-masa-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MIC Sokong Muhyiddin ‘Pada Masa Ini’, Masih Tunggu Perkembangan Terbaharu Dalam BN !"

Catat Ulasan

Loading...