Loading...

Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan

Loading...
Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan
link : Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan

Baca juga


Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan

 

KUANTAN - Serbuan yang dilakukan pada pukul 11.55 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Mohamad Noor berkata, hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati sebahagian besar daripada pelanggan di restoran berkenaan gagal untuk mematuhi SOP PKPP iaitu tiada penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan.

Beliau berkata, terdapat dua pelanggan telah dikesan kerana gagal untuk mengimbas kod aplikasi MySejahtera termasuk seorang daripadanya cuba menipu dengan menunjukkan sudah mengimbas di restoran itu, tetapi malangnya bertarikh 21 April lalu.

“Ada pelanggan masih tidak faham dan kononnya mendakwa tidak tahu SOP yang membabitkan jarak satu meter.

“Kompaun dikeluarkan ini kerana keadaan sangat rapat dan kami tidak boleh berkompromi dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, 45 individu yang telah dikompaun itu membabitkan 38 lelaki dan tujuh wanita.


Mohamad Noor berkata, semua individu yang terbabit dikenakan kompaun mengikut kesalahan kategori ketiga Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tiada penjarakan fizikal dengan nilai kompaun antara RM1,500 hingga RM 2,000 untuk setiap individu.

Jelasnya lagi, kompaun turut dikenakan kepada pemilik premis atas kesalahan yang sama dengan jumlah kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal untuk memastikan pelanggan di restoran mematuhi SOP walaupun memberi alasan sudah menasihati pelanggan.

Menurut Mohamad Noor, sekiranya pelanggan ingkar dengan SOP yang ditetapkan, pemilik restoran sepatutnya menghubungi pihak berkuasa sama ada polis atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dalam kes ini, saya kesal dengan sikap peniaga dan pelanggan yang tidak peduli dan tidak mahu mematuhi SOP.

“Oleh itu, polis akan meneruskan pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa dan tiada kompromi jika ada yang melakukan kesalahan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan

Sekianlah artikel Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/padah-langgar-sop-di-restoran-45.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...