Loading...

Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC

Loading...
Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC
link : Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC

Baca juga


Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC

 

PUTRAJAYA - Peguam Datuk Sri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mempersoalkan kenapa Hakim Mahkamah Tinggi,  Tuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dilantik untuk mendengar kes berkait SRC International, kes yang dianggap paling penting dalam abad ini.

Tuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali,

“Pada saat-saat akhir mereka melantik seorang hakim yang tiada pengalaman dalam perbicaraan jenayah,” katanya dalam rayuan Najib di hadapan barisan tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Shafee berkata Hakim Besar Malaya ketika itu, menjawab suratnya, berkata ia pemindahan rutin.

Sebelum itu, Hakim Sofian Abd Razak yang menjalankan pengurusan kes SRC dengan tujuan untuk menghakimi perbicaraan itu.

Shafee berkata dalam lebih 40 tahun pengalaman sebagai seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam, kes jenayah yang kompleks didengari hakim berpengalaman.

Beliau mengambil contoh kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, yang berdepan tuduhan rasuah pada 1977; dan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh salah guna kuasa pada 1999.

“Dalam kedua-dua kes itu, hakim yang berpengalaman dalam kes jenayah mendengar kes-kes itu,” katanya.

Beliau mendakwa Nazlan membuat beberapa kesilapan dalam kes SRC. Abdul Karim kemudian minta Shafee tunjukkan kesilapan itu.

Pada 28 Julai tahun lepas, Nazlan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas Najib, dan mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membayar denda RM210 juta, selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang berkait RM42 juta milik SRC International.

Najib sedang merayu sabitan dan hukuman itu.

Shafee berhujah Nazlan, semasa memerintahkan Najib membela diri pada 11 Nov 2019, berkata pihak pendakwaan dapat membuktikan kes prima facie.

Namun, selepas mendapati Najib bersalah, Nazlan memasukkan beberapa sebab lain kenapa Najib diperintah membela diri, katanya.

“Ini sangat tidak wajar dan prejudis terhadap tertuduh,” katanya, dan menambah ini satu kekhilafan yang serius.

Shafee berkata dalam perbicaraan jenayah, mahkamah mesti percaya akan kata-kata tertuduh sungguhpun berasa sangsi, terutama apabila kebebasan asasi menghadapi risiko akan tergugat.

Perbicaraan bersambung esok. #sumber



Demikianlah Artikel Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC

Sekianlah artikel Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/peguam-najib-shafee-abdullah-persoal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam Najib, Shafee Abdullah Persoal Hakim Tiada Pengalaman Kes Jenayah Dengar Kes SRC"

Catat Ulasan

Loading...