Loading...

Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !

Loading...
Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !
link : Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !

Baca juga


Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !

 

KUANTAN –  Sistem pembayaran tanpa tunai bakal dipraktikkan oleh 1, 008 peniaga di 30 tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, kaedah tersebut bakal dilaksanakan pada 13 April ini sebagai alternatif untuk memudahkan pengguna terutama pada musim pandemik Covid-19.

Menurutnya, sistem tanpa tunai itu akan diperluaskan secara berperingkat dan pihak MBK sudah membuat rundingan kerjasama dengan beberapa buah bank tempatan.

“Kita yakin kaedah ini sudah dipraktikkan dalam kehidupan norma baharu memandangkan sudah setahun berdepan dengan wabak Covid-19.

“Pada peringkat permulaan, kita sekadar galakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan peniaga dan pengguna.

“Sebanyak 30 tapak penjualan dibuka membabitkan 26 lokasi penganjuran bagi bazar Ramadan dan empat lokasi bazar Aidilfitri di Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Permit Penganjuran Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri tahun 2021 di Lobi Kompleks MBK hari ini.

Sementara itu, MBK juga tidak mengenakan sebarang kenaikan kadar permit perniagaan kepada peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini, katanya.

“Kadar harga permit masih kekal iaitu RM180.50 bagi jualan makanan dan minuman, RM280.50 permit bagi jualan air tebu dan kelapa manakala RM300 untuk jualan pelbagai,” kata Hamdan. #sumber



Demikianlah Artikel Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !

Sekianlah artikel Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/pembayaran-tanpa-tunai-di-30-tapak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembayaran 'Tanpa Tunai' Di 30 Tapak Bazar Ramadan Bawah Majlis Bandaraya Kuantan !"

Catat Ulasan

Loading...