Loading...

Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !

Loading...
Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !
link : Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !

Baca juga


Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !

BEIJING - Pengasas TikTok, Zhang Yiming, 38, dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$60 bilion (RM247.56 bilion), menjadikannya antara individu terkaya di dunia.

Dengan nilai kekayaan tersebut, meletakkan Yiming sebaris dengan bilionair China lain se­perti Pony Ma dari Tencent Holdings, pemilik syarikat minuman, Zhong Shanshan, serta keluarga Walton dan Koch dari Amerika Syarikat, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Tahun lalu, syarikat permulaan yang diasaskan beliau, ByteDance Ltd. telah menerima tekanan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China dan India.

Amerika Syarikat semasa di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, mahu mengha­ramkan aplikasi TikTok de­ngan alasan perkhidmatan media sosial itu menjadi alat risikan China.

Kerajaan China turut dilaporkan telah menyekat apli­kasi berkenaan, begitu juga dengan India yang mengharamkan sebahagian daripada aplikasinya.

Bagaimanapun, di sebalik tekanan tersebut, nilai saham syarikat dalam pasaran dianggar lebih AS$250 bilion (RM1.03 tri­lion), menurut sumber.

Pada tahun lalu, BytDance yang popular dengan aplikasi video pendek TikTok dan aplikasi berita Toutiao, merekodkan perolehan berganda, selepas mengembangkan perniagaan periklanannya meliputi e-dagang dan permainan video maya.

Syarikat tersebut dilaporkan dalam pertimbangan untuk penyenaraian awam bagi sesete­ngah perniagaannya.

“Yiming dikenali kerana pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah mengalah. Beliau merancang untuk membina perniagaan global,” kata Ma Rui dari firma Synaptic Ventures.

Berdasarkan laporan CB Insight, nilai ByteDance sebelum ini dianggarkan mencecah AS$180 bilion (RM742.68 bi­lion), peningkatan sebanyak AS$20 bilion (RM82.52 bilion) dari tiga tahun lalu.

Namun, kini adalah masa yang sukar bagi bilionair di China. Pengasas Alibaba, Jack Ma sebelum ini telah didenda sebanyak AS$2.8 bilion (RM11.55 bilion) atas dakwaan antimonopoli. Kelmarin, pihak berkuasa negara itu dilaporkan telah mengarahkan 32 syarikat internet untuk menerima amalan antipersaingan bermula bulan hadapan.  #sumber



Demikianlah Artikel Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !

Sekianlah artikel Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/pengasas-tiktok-zhang-yiming-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengasas 'TikTok', Zhang Yiming Di Laporkan Miliki Kekayaan AS$60 Bilion (RM247.56b) !"

Catat Ulasan

Loading...