Loading...

Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu

Loading...
Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu
link : Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu

Baca juga


Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu

 

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada seorang peniaga yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan perniagaan di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun itu dikeluarkan terhadap peniaga burger itu selepas dia didapati melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, polis menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa iaitu lebih pukul 10 malam selain ramai pelanggan yang duduk dan makan di situ.

“Kita telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati peniaga itu telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Anggota polis kemudiannya telah menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan mengeluarkan kompaun terhadap lelaki itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tegas Abdul Rahim, polis tidak akan sesuka hati mengeluarkan kompaun dan ia akan dikeluarkan sekiranya terdapat kesalahan yang melanggar SOP PKP.

Katanya, difahamkan, selain burger, peniaga terbabit turut menjual pelbagai makanan lain kepada pelanggan.

“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah RM50,000,” katanya.

Terdahulu, tular seorang peniaga burger yang dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal yang membuat hantaran di Facebooknya menyatakan bahawa dia dikompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis ketika dia sedang berniaga di hadapan rumah.

Keadaan itu menyebabkan ramai netizen marah dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kompaun kepada peniaga itu. #sumber



Demikianlah Artikel Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu

Sekianlah artikel Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/peniaga-burger-depan-rumah-langgar-sop.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu"

Catat Ulasan

Loading...