Judul : Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka
link : Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka
Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka
KOTA BHARU: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji, di sini yang tular hari ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun dikeluarkan terhadap peniaga burger itu kerana dia didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Kelantan ketika ini.
Jelas beliau, polis sebelum ini menerima aduan penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa dibenarkan iaitu pukul 10 malam ke atas dengan ramai pelanggan didapati duduk dan makan di situ.
“Kita telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati peniaga itu melanggar SOP yang ditetapkan.
“Pihak polis kemudiannya telah menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap peniaga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tegas Abdul Rahim, pihaknya bukan mengeluarkan kompaun sesuka hati tanpa budi bicara, sebaliknya tindakan tegas demikian diambil apabila memang terdapat perbuatan yang melanggar SOP ketika dalam PKP.
“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah sampai RM50,000,” katanya.
Terdahulu, tular seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 oleh polis ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri di akaun Facebook miliknya.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa dengan menyifatkan tindakan mengeluarkan kompaun tersebut sebagai zalim tanpa menggunakan budi bicara.
Kelantan kini dikenakan PKP sehingga 29 April depan, susulan kes positif Covid-19 yang terus melonjak naik termasuk hari ini dengan 343 kes dan kekal sebagai tiga negeri paling tinggi kes jangkitan pandemik tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka
Anda sekarang membaca artikel Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/polis-kelantan-mendakwa-kompaun-rm50000.html
0 Response to "Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka"
Catat Ulasan