Loading...

Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !

Loading...
Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !
link : Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !

Baca juga


Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !

KLANG - Lima individu ermasuk majikan yang ditahan disyaki memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa, dipercayai terlibat dalam aktiviti ah long dan judi online.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil penahanan kesemua suspek dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada Rabu.

"Kesemua yang ditahan berusia 35 hingga 47 tahun disyaki terlibat dalam insiden memukul dua pengawal peribadi itu.

"Sementara itu, majikan kepada dua pengawal peribadi yang dipukul tersebut ditahan oleh Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini pada Khamis.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut merampas 100 kilogram jongkong emas dalam rumah salah seorang suspek tersebut di Bukit Tinggi di sini.

"Kita juga merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta," katanya.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, polis turut merampas dua rotan yang disyaki digunakan semasa kejadian.

"Kita juga merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan," katanya.

Beliau berkata, tiga daripada suspek terbabit direman selama lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari.

"Saya difahamkan majikan terbabit direman tiga hari sehingga Sabtu ini," katanya.

Arjuandi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.

"Tiada sebarang unsur perkauman atau agama berhubung kes ini, sebaliknya lebih kepada isu peribadi dan terpencil," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan seorang lelaki yang juga majikan kepada dua pengawal peribadi sanggup memukul dan mengacukan sepucuk pistol kerana kedua-dua lelaki berkenaan berpuasa. #sumber



Demikianlah Artikel Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !

Sekianlah artikel Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/pukul-bodyguard-puasa-polis-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta !"

Catat Ulasan

Loading...