Loading...

Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !

Loading...
Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !
link : Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !

Baca juga


Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !

 

PETALING JAYA - Selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini giliran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula  menafikan bahawa beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan presiden UMNO itu.

Ketua pembangkang itu turut mendakwa gerakan fitnah tersebut sengaja direka pihak tertentu menggunakan PKR untuk menyerang pimpinan UMNO.

“Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam UMNO, nak gunakan kononnya perbualan saya dengan Zahid untuk politik Bersatu (PPBM) nak menikam pimpinan UMNO. Ini bukan kerja saya.

“Kita tak mudah tergugat dengan fitnah ini. Zahid pagi tadi (semalam) menafi keras, saya pada malam ini ingin menyatakan bukan saja penafian, tetapi ternyata ia menunjukan betapa gundah gulana pimpinan negara mencari apa sahaja tipu helah.

“Dia ugut, beli orang, rasuah tak makan, maka mereka sebarkan fitnah,” katanya ketika berucap semasa melancarkan bilik operasi PKR di Selangor malam tadi.

Anwar turut mengarahkan pegawainya membuat laporan polis mengenainya.

“Siasat siapa punca. Tapi ada suara macam saya, saya tak peduli, nyata ada usaha untuk menfitnah,”katanya.

Semalam satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Zahid dan Anwar tular di media sosial.

Dilaporkan rakaman itu, antara lain menyebut ucapan Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) baru-baru ini yang menolak kerjasama dengan pembangkang hanya taktik.

Zahid kemudian menafikan rakaman itu selain memaklumkan bahawa tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Anwar selepas perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Zahid berkata, rakaman audio yang disebarkan itu adalah “usaha berterusan” untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO. #sumber



Demikianlah Artikel Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !

Sekianlah artikel Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/rakaman-audio-anwar-nafi-terlibat-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rakaman Audio: Anwar Nafi Terlibat, Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang UMNO !"

Catat Ulasan

Loading...