Loading...

Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !

Loading...
Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !
link : Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !

Baca juga


Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !

 

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa rakaman audio perbualan dua individu dipercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tular di media sosial adalah tulen, selepas beliau mendengarnya malam tadi.

“Saya cuba mendengarnya 10 kali malam tadi, saya rasa saya boleh cam suara itu dan yakin 100% ia tulen,” katanya pada sidang media pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan (MySmart Wilayah 2030) di kementeriannya, menurut laporan Sinar Harian.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua tokoh politik terbabit, pengecaman suara dalam audio berkenaan bukan perkara rumit.

Annuar berkata, kandungan perbualan antara individu terbabit juga amat mengecewakannya.

“Saya bukan mempersoal kebebasan bercakap tetapi ‘content’ percakapan itu jelas menunjukkan ada perancangan, kebersamaan dan perbincangan yang bercanggah dengan dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang diputuskan parti,” katanya.

Beliau mendakwa, sememangnya wujud hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PKR.

“Saya sangat berkeyakinan memang ada perhubungan dan perhitungan. Gunalah apa sahaja, boleh guna konspirasi,” katanya.

Katanya, hubungan itu boleh dilihat termasuklah surat sokongan kepada Anwar yang ditandatangani oleh Zahid, namun dinafikan.

“Kemudian kenyataan media mengenai tuntutan mengadakan sidang Parlimen. ‘Copy paste’ (surat) juga membuktikan ada muafakat di belakang tabir.

“Sekarang keluar pula rakaman audio,” katanya.

Semalam, satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Zahid dan Anwar tular di media sosial.

Dilaporkan rakaman itu, antara lain menyebut ucapan Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) baru-baru ini yang menolak kerjasama dengan pembangkang hanya taktik.

Zahid kemudian menafikan rakaman berkenaan selain memaklumkan bahawa tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Anwar selepas perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Zahid berkata, rakaman audio yang disebarkan itu adalah “usaha berterusan” untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Hari ini, Anwar turut menafikan beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden UMNO itu.

Beliau mendakwa, gerakan fitnah itu sengaja direka pihak tertentu menggunakan PKR untuk menyerang pimpinan UMNO. #sumber



Demikianlah Artikel Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !

Sekianlah artikel Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/rakaman-audio-anwar-zahid-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rakaman Audio Anwar-Zahid: Selepas Dengar 10 Kali "Saya Cam Suara, Yakin 100% Tulen" !"

Catat Ulasan

Loading...