Judul : Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih "20 Rakaat" Berserta Tiga Witir
link : Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih "20 Rakaat" Berserta Tiga Witir
Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih "20 Rakaat" Berserta Tiga Witir
KUANTAN - Umat Islam di Pahang dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat serta tiga witir di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, berkata kebenaran itu dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Fatwa Hukum Syarak negeri.
"Perkara ini sudah mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.
"Justeru, imam di masjid dan surau boleh berbuat demikian kerana kebenaran sudah diberikan, tetapi ia mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Pahang," katanya, di sini.
Rabu lalu kerajaan Pahang telah mengeluarkan garis panduan bagi solat sunat tarawih dan aktiviti masjid sepanjang Ramadan ini.
Tempoh ibadah itu yang bermula dengan solat Isyak berjemaah hingga solat sunat witir dan doa ditetapkan sehingga jam 10 malam sahaja sebagaimana SOP.
Mengulas mengenai tempoh ibadah itu, Abdul Rahman berkata, jika tidak sempurnakan 20 rakaat dalam tempoh masa yang ditetapkan, bakinya boleh ditunaikan di rumah masing-masing.
Bagaimanapun, beliau meminta agar imam masjid dan surau mengekalkan solat sunat tarawih seperti diputuskan
"Kita hanya galakkan, tetapi sekiranya ada jemaah yang hendak pulang ke rumah selepas lapan rakaat solat tarawih tidak mengapa.
"Jemaah masih boleh melakukan ibadah itu di rumah mereka masing-masing," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih "20 Rakaat" Berserta Tiga Witir
Anda sekarang membaca artikel Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih "20 Rakaat" Berserta Tiga Witir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/umat-islam-di-pahang-di-benar-tunaikan.html
0 Response to "Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih "20 Rakaat" Berserta Tiga Witir"
Catat Ulasan