Judul : Usaha Hancurkan UMNO, Zahid "Nafi" Audio Perbualan Dengan Anwar Selepas PAU 2020
link : Usaha Hancurkan UMNO, Zahid "Nafi" Audio Perbualan Dengan Anwar Selepas PAU 2020
Usaha Hancurkan UMNO, Zahid "Nafi" Audio Perbualan Dengan Anwar Selepas PAU 2020
PETALING JAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu.
Zahid dalam kenyataan berkata, rakaman audio yang disebarkan itu disifatkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.
“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Anwar.
“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO,” katanya.
Zahid percaya, lebih banyak lagi permainan keji seperti itu akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan parti itu.
Katanya, sebagai Presiden UMNO, beliau tidak akan sesekali mencabuli dan membelakangi apa jua ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan perhimpunan agung parti itu.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini,” katanya.
Terdahulu, satu satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Zahid dan Anwar didedahkan di media sosial.
Dilaporkan rakaman itu menyatakan ucapan Zahid pada PAU 2020 yang menolak kerjasama dengan pembangkang hanya taktik.
Zahid dalam ucapannya pada PAU 2020 menyatakan, UMNO tidak akan bekerjasama dengan Anwar, DAP dan PPBM. #sumber
Demikianlah Artikel Usaha Hancurkan UMNO, Zahid "Nafi" Audio Perbualan Dengan Anwar Selepas PAU 2020
Anda sekarang membaca artikel Usaha Hancurkan UMNO, Zahid "Nafi" Audio Perbualan Dengan Anwar Selepas PAU 2020 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/usaha-hancurkan-umno-zahid-nafi-audio.html
0 Response to "Usaha Hancurkan UMNO, Zahid "Nafi" Audio Perbualan Dengan Anwar Selepas PAU 2020"
Catat Ulasan