Loading...

Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi

Loading...
Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi
link : Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi

Baca juga


Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi

 

KUANTAN - Wang RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai lebih RM150,000.

Semua itu upah kepada tertuduh membantu sebuah sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Tertuduh yang merupakan bekas pengurus perolehan PAIP bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Sani Khan Ali Khan, 46, dihadapkan enam tuduhan menerima rasuah berjumlah RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5.

Pengakuan tertuduh yang beralamat di Sungai Isap direkodkan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zin.

Sani Khan didakwa melakukan kesalahan itu antara 2014 dan Disember 2018 di sekitar Kuantan.

Perbuatan itu berlaku termasuk di pejabat PAIP, sebuah restoran di Indera Mahkota dan sebuah premis perniagaan yang didakwa sebagai upah untuk dia membantu sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada PAIP.

Suapan itu didakwa diperoleh menerusi wang tunai dengan nilai antara RM30,000 dan RM114,930 yang dimasukkan ke akaun sebuah syarikat berkaitan tertuduh atau selain didakwa bersetuju menerima suapan 50 peratus hasil keuntungan yang diperoleh syarikat dibantunya daripada kerja-kerja melibatkan PAIP.

Memetik laporan BERNAMA, bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa menerima sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai RM154,399.70 yang diketahuinya mempunyai hubungan rasmi dengan dirinya yang gagal dilaporkan kepada SPRM pada 9 Mac 2016.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Mohd Najib Hussain memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM50,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Baca artikel berkaitan: Hidup sederhana jauhi rasuah, seru IGP pada warga PDRM

Ini atas alasan tertuduh tidak dapat mengumpulkan wang yang banyak selain telah didakwa atas 22 pertuduhan rasuah sebelum ini.

“Tertuduh menyara seroang ibu, isteri dan tiga anak. Akaun banknya telah dibekukan oleh SPRM yang menambah kesukaran untuk tertuduh membayar jika jaminan tinggi dikenakan. Anak guam saya juga bersedia untuk bekerjasama dan berjanji akan menghadiri setiap prosiding,” katanya.

Ahmad Zamzani membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang pejamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan serta menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mei ini. #sumber



Demikianlah Artikel Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi

Sekianlah artikel Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/wang-dan-mazda-cx-5-upah-bantu-dapatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wang Dan Mazda CX-5 'Upah' Bantu Dapatkan Projek, Bekas Pengurus PAIP Kena Dakwa Lagi"

Catat Ulasan

Loading...