Loading...

Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !

Loading...
Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !
link : Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !

Baca juga


Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !

 

MARAN – Seorang anak yang baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah bertindak kejam apabila mencekik sebelum me­netak ibunya menggunakan sebilah parang dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Kampung Pesagi, Chenor di sini awal pagi Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mariani Ismail, 55, maut dengan mayatnya ditemui dalam keada­an berlumuran darah selain ada kesan tetakan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Mangsa tinggal bersama suspek dan seorang cucu lelakinya yang berusia 10 tahun di rumah berkenaan, namun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan apabila sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah.

Suspek yang berusia 39 tahun pula merupakan anak sulung dari­pada sembilan beradik dan baru sebulan keluar dari sebuah penjara atas kesalahan dadah.

Sumber memaklumkan, sebelum kejadian, mangsa pernah menasihati suspek agar tidak lagi membeli dadah, lebih-lebih lagi selepas permohonan lelaki itu untuk mengeluarkan duit i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diluluskan.

“Suspek dikatakan seperti merancang kejadian pembunuhan apabila dia bertindak menutup pintu dan lampu luar selain memakai parang yang baru dibelinya di pinggang.

“Selepas kejadian, suspek juga dilihat masih tenang dan bagaikan tiada perasaan apabila memberitahu tindakannya itu adalah atas suruhan ibunya sendiri,” kata sumber di sini semalam.

Jelas sumber lagi, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur bersama cucunya telah didatangi oleh suspek yang kemudian menyerang wanita itu.

Tambahnya, suspek menyerang dengan mencekik mangsa menyebabkan wanita itu mengarahkan cucunya untuk melarikan diri.

“Nasib baik cucu mangsa dapat membuka pintu dan berlari ke rumah salah seorang anak perempuan mangsa yang tinggal bersebelahan.

“Anak perempuan mangsa yang bergegas ke rumah kemudian mendapati suspek berada di tepi pintu sambil memegang parang menyebabkannya tidak berani masuk. Dia kemudian meng­hubungi adik beradik lelakinya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Dalam pada itu, anak kelima mangsa, Firdaus Ahmadiah, 36, berkata, dia yang bergegas ke tempat kejadian terus memasuki rumah meskipun abang sulung­nya ketika itu berada di tepi pintu sambil memegang parang.

“Saya meluru masuk dan memapah ibu yang sudah tidak dapat bergerak dengan kesan kecederaan yang serius.

“Saya bertanya kenapa abang buat ini (terhadap ibu) dan dia memberitahu bahawa ibu yang suruh dia bunuh,” katanya.

Menurutnya, pada masa itu dia tidak memikirkan perkara lain dan terus membawa ibunya yang berlumuran darah ke Klinik Chenor.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek yang berjaya ditahan penduduk kampung telah direman sehingga 5 Mei depan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan baru selesai menjalani hukuman penjara pada Mac lalu.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku menggunakan parang menetak mangsa setelah berhalusinasi mendengar bisikan suara halus yang menyuruh dia berbuat demikian.

“Pemeriksaan luaran fizikal mangsa mendapati terdapat luka disyaki akibat tetakan objek tajam pada bahagian dahi, mulut, perut dan tangan kanan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !

Sekianlah artikel Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/anak-baru-keluar-penjara-cekik-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !"

Catat Ulasan

Loading...