Loading...

Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN

Loading...
Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN
link : Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN

Baca juga


Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN

 

PUTRAJAYA - Anak bekas Perdana Menteri Najib Razak,  Datuk Mohamad Nizar bersetuju menyelesaikan cukai taksiran tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menuntutnya membayar sejumlah cukai bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar, 43, berkata, ini berikutan anak guamnya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan LHDN.

“Sepatutnya perintah persetujuan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada 27 Mei lepas, namun dijadualkan semula ke 4 Ogos ini berikutan perintah kawalan pergerakan,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes berhubung rayuan Mohamad Nizar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman secara dalam talian, hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam, Muhammad Nabil Abdul Halim bertindak bagi pihak LHDN.

Berhubung rayuan Mohamad Nizar, peguam itu berkata mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui sama ada permohonan anak guamnya untuk melapangkan tarikh pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 16 Jun dibenarkan oleh mahkamah sementara menunggu perintah persetujuan direkodkan.

Pada 11 Ogos tahun lepas, Mohamad Nizar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Ogos tahun sama yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Mohamad Nizar.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah dalam penghakimannya memutuskan perkara yang dibangkitkan Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak berasas selain berpendapat pembayar cukai perlu membayar cukainya dahulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah tersebut atau atas apa alasan sekali pun.

Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.

Selain Mohamad Nizar, Najib dan seorang lagi anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga perlu membayar cukai pendapatan kepada LHDN seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib perlu membayar RM1.69 bilion manakala Mohd Nazifuddin RM37.6 juta.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan belum melunaskan bayaran itu menyebabkan LHDN menfailkan notis kebankrapan terhadap mereka dan kes itu masih di peringkat pengurusan kes di Mahkamah Tinggi. #sumber



Demikianlah Artikel Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN

Sekianlah artikel Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/anak-najib-setuju-selesaikan-bayaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN"

Catat Ulasan

Loading...