Judul : Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya !
link : Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya !
Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya !
KUANTAN - Seorang anggota polis trafik cedera patah kaki akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang cuba lari dari sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini petang semalam.
Ketika kejadian polis sedang mengadakan 'Operasi Khas Motosikal' dilaluan terbabit.
Operasi khas hasil maklumat dan risikan yang bermula jam 6.00 petang itu diketua oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noot Yusof Ali serta dua pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah ( BSPTD) bersama Balai Polis Kuantan.
Menurut ACP Mohamad Noor Yusof Ali, dalam operasi itu, seramai 161 orang bersama 156 buah motosikal berjaya ditahan dan diperiksa.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 218 helai saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas, dan sebanyak 35 buah motosikal disita dibawah Sek 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan seperti ekzos, tiada nombor pendaftaran, nombor plat fancy dan menunggang tanpa lesen B/B2.," katanya.
Dalam operasi ini juga, telah berlaku satu insiden kemalangan dimana salah seorang anggota dari anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah ( BSPTD) Kuantan telah dirempuh dan dilanggar oleh sebuah mosikal yang cuba lari dari sekatan yang dijalankan sehingga menyebabkan anggota tersebut mengalami kecederaan patah kaki kanan.
"Semoga anggota tersebut cepat sembuh bagi menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dan diberi ketabahan dalam menjalani ujian ini," tambah beliau lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya !
Anda sekarang membaca artikel Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/anggota-polis-trafik-cedera-patah-kaki.html
0 Response to "Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya !"
Catat Ulasan