Loading...

Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !

Loading...
Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !
link : Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !

Baca juga


Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !


TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad telah membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin. 

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh petang semalam. Difahamkan laporan itu dibuat kerana ADUN Kuala Sentul merangkap Ketua UMNO Bahagian Maran itu telah menfitnah beliau berhubung isu tular saiz kayu balak luar biasa baru-baru ini. 

Dalam posting di facebook beliau, wakil rakyat terbabit mendakwa beliau membuat fitnah dan mendapat berbagai komen daripada para netizen. 

Shahaniza pada 24 Mei membuat bantaran di facebook beliau;

"Sampai lebih 3k shares story ni. Story yang menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang komen konon ada balak hutan simpan di keluarkan dari hutan simpan Pahang. 

Ternyata satu fitnah kerana ada dokumen sah ianya dibawa dari Terengganu untuk dihantar ke kilang di Selangor. Dari Ganu weh, memang lah terpaksa lalu jalan Pahang. 

Nak buat posting, siasat dulu. Jangan jadi fitnah. Assalamualaikum". 

Sementara itu Khaidir mendakwa selepas berbincang dengan sahabat-sahabat peguam dan beristikharoh kepada Allah, beliau membuat laporan polis terhadap Shahaniza. 

Shahaniza katanya telah menuduh tulisan beliau mengenai lori trailer membawa muatan kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa dan mencurigakan yang singgah di RNR Temerloh Arah Barat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada petang 23 Mei 2021 sebagai 'ternyata fitnah' 

"Bagi saya, tuduhan itu berniat jahat kerana saya tidak menuduh atau mengaitkan mana-mana individu atau mana-mana pihak dengan lori trailer yang membawa muatan kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa itu. 

" Sebaliknya, sebagai seorang wartawan bebas dan sebagai seorang rakyat biasa, saya cuma melontarkan aduan bersama persoalan dan kemusykilan saya berhubung lori trailer bermuatan kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa dan mencurigakan itu agar pihak berkuasa berkaitan menyiasat dan memberikan penjelasan mengenainya," kata kenyataan di facebook beliau malam tadi. 

Malah katanya, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sendiri mengalu-alukan dan menghargai laporan aduan beliau menerusi posting facebook itu yang membolehkan pihak jabatan itu mengambil tindakan pantas menyiasat perkara berkenaan.

"Namun sangat malang.. saya ulang sangat malang.. apabila DS Shahaniza Shamsuddin sebagai seorang Wakil Rakyat dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang... telah melabelkan tulisan saya mengenai lori trailer membawa kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa dan mencurigakan itu sebagai ternyata fitnah”, tambah Khaidir lagi. 

"Siapa sebenarnya yang memfitnah? Apa kena mengena beliau dengan tulisan saya mengenai lori trailer bermuatan kayu balak Chengal bersaiz luar biasa dan mencurigakan yang singgah di RNR Temerloh Arah Barat itu?. 

"Apakah dengan jawatan dan darjah kebesaran yang dimiliki menjadikan beliau berasa terlalu berkuasa hingga boleh melemparkan tuduhan melulu kepada rakyat marhaen seperti saya?. 

"Ingatlah walaupun tiada jawatan dan darjah kebesaran, saya sebagai rakyat marhaen juga mempunyai hak mengikut undang-undang dan Perlembangaan untuk mempertahankan maruah dan hak-hak saya sebagai warganegara. 

"Akhirnya, yang berjawatan dan berdarjah kebesaran akan mati juga dan apabila disoal oleh Malaikat di alam barzah nanti, tidaklah nama kamu nanti dipanggil dengan segalan gelaran dan pangkal itu. Alhamdulillah selesai langkah pertama. Langkah kedua, ketiga dan seterusnya adalah dengan izin-Nya juga. Kepada Allah saya berserah. Wallahuaklam Bissawab." katanya lagi.  #pahangdaily



Demikianlah Artikel Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !

Sekianlah artikel Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/dakwaan-isu-lori-bawa-kayu-balak-saiz.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !"

Catat Ulasan

Loading...