Loading...

Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar

Loading...
Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar
link : Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar

Baca juga


Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar

 

KUALA LUMPUR - Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam kemalangan Isnin lalu, berjaya dibawa keluar awal pagi tadi, lebih awal daripada tempoh tiga hari yang dijanjikan selepas pasukan 'Team Recovery Rapid Rail' bekerja tiga syif tanpa henti.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata beliau menerima laporan berhubung status terkini kerja-kerja mengeluarkan dua tren berkenaan, pada jam 5.24 pagi tadi.

Katanya, tren TR40 selamat sampai ke depoh LRT di Subang pada jam 3.45 pagi manakala tren TR81 pula sampai di Gombak Tail Track pada jam 4.51 pagi.

"Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja pembaikan trek LRT dari Stesen Kampung Baru ke Stesen KLCC.

"Justeru, pasukan pemulihan (Team Recovery) terpaksa melakukan 'power down' (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh landasan tren (stretch) yang terbabit iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai.

"Ia membabitkan lima stesen LRT iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan Dang Wangi," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ka Siong berkata, sebaik saja kerja pembaikan di landasan (stretch) berkenaan selesai, pemeriksaan akan dibuat oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan berkenaan.

"Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan 'power down' dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian malam Isnin lalu, maka terdapat 'bottleneck' (tempat sempit) kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (membabitkan tujuh stesen LRT).

"Tempoh masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui landasan berkenaan adalah 16 minit. Akan tetapi, kaedah 'platoon' akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan 'bottleneck'," jelasnya.

Dalam pada itu, Ka Siong memaklumkan 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang diumumkan beliau, selepas melawat Pusat Kawalan Operasi (OCC) LRT Laluan Kelana Jaya di Subang, semalam.

"Saya memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

"Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan 'bottleneck' dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan sehingga 7 Jun ini tanpa mengurangkan frekuensinya," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar

Sekianlah artikel Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/dua-tren-transit-aliran-ringan-lrt.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Terbabit Kemalangan Isnin Lalu, Sudah Di Bawa Keluar"

Catat Ulasan

Loading...