Loading...

Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !

Loading...
Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !
link : Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !

Baca juga


Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !

 

KUALA LUMPUR - Belum reda isu Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba mendapatkan kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis, terbaru bekas pegawai tertinggi pasukan itu berkata Menteri Dalam Negeri juga dikatakan “mengatur langkah” untuk menjadikan “budaknya” pengarah agensi perisikan polis, Cawangan Khas (SB).

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata menteri cuba meletakkan seorang bekas pegawai kanan SB yang telah tamat kontrak tahun lalu, kerana dia mudah mengikut arahan ahli politik.

Langkah itu diatur selepas Cawangan Khas enggan menyertai operasi yang menurutnya dipaksakan oleh Hamzah bagi tujuan politik sendiri.

“Pada 16 Feb lalu, Pengarah SB sedia ada dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan,”

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak Pengarah SB akan berakhir pertengahan Jun ini,” Hamid dipetik sebagai berkata oleh MalaysiaGazette.

Langkah itu bagaimanapun terhenti apabila isu tersebut dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Pengarah SB diarahkan untuk terus berkhidmat,” kata laporan itu.

Hamid mendakwa menteri SB melakukan “beberapa operasi” bagi tujuan politik sendiri, tanpa memberikan butiran lanjut atas sebab kerahsiaan.

“Objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada SB,” katanya.

Hamid seterusnya berkata SB enggan menyertai operasi itu, dan melaporkannya kepada Perdana Menteri.

“Perdana menteri bersetuju SB tidak boleh terlibat dalam kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah,” kata laporan itu. #sumber



Demikianlah Artikel Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !

Sekianlah artikel Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/hamzah-atur-langkah-jadikan-budaknya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !"

Catat Ulasan

Loading...