Loading...

Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !

Loading...
Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !
link : Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !

Baca juga


Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !

 

PUTRAJAYA - Isteri anggota polis yang menziarahi suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dekat sini pada hari raya pertama dikenakan kompaun RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata kompaun itu dikeluarkan semalam di bawah Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U. (A) 225/2021] kerana melanggar SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.

Menurutnya, pada awalnya perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau hari biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tular di media sosial gambar isteri bersama tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun melawat suaminya yang juga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Perkara itu berlaku pada 13 Mei, kira-kira 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil dan mengundang pelbagai reaksi.

Mengenai dakwaan keluarga anggota polis itu menaiki kenderaan melebihi had tiga orang bagi sesebuah kenderaan, Mohd Fadzil berkata siasatan lanjut mendapati mereka datang menaiki dua kenderaan berbeza dan tiada kompaun dikenakan.

“Pihak polis tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira sama ada orang awam mahu pun anggota PDRM sendiri,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !

Sekianlah artikel Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/isteri-anggota-polis-ziarah-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri Anggota Polis Ziarah Suami Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Kena Kompaun RM2,000 !"

Catat Ulasan

Loading...