Loading...

Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !

Loading...
Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !
link : Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !

Baca juga


Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !

 

KUANTAN - Pelaksanaan PKPD di Taman Tanah Putih Baru di Kuantan, bermula tengah malam ini dipercayai berpunca daripada penularan akibat aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOP

Kerajaan negeri Pahang bercadang mengenakan peraturan lebih ketat termasuk memohon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuantan jika peningkatan kes positif Covid-19 di daerah ini tidak dapat dikawal dengan baik.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata trend peningkatan di daerah itu tidak menunjukkan sebarang penurunan dan setakat tengah hari ini, jumlah kumulatif kes positif ialah 1,470 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 143 kes daripada sembilan kluster.

Jumlah sampel yang masih menunggu keputusan ialah 647 sampel selain 1,942 orang lagi dikenakan perintah kuarantin di rumah.

"Saya berharap penduduk Pahang terutamanya di Kuantan dapat bersama-sama mengawal penularan jangkitan pandemik ini dengan mengehadkan aktiviti atau majlis rasmi melibatkan orang ramai serta mengehadkan pergerakan rentas keluar masuk daerah.

"Orang ramai diingatkan sentiasa menjaga penjarakan fizikal di premis makanan manakala bilangan pengunjung bazar Ramadan dan Aidilfitri akan dikurangkan daripada kapasiti sedia ada bagi memastikan aspek penjarakan ini dijaga," katanya menerusi kenyataan di Kuantan hari ini.

Wan Rosdy yang mendengar taklimat situasi semasa pandemik Covid-19 di Pahang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini, juga mengingatkan pengurusan masjid untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Ini ekoran penularan pandemik itu dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOP yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru di Kuantan, bermula tengah malam ini (5 Mei) hingga 18 Mei.

Gesaan supaya penduduk Pahang terus berwaspada dan mengambil langkah kawalan juga dibuat memandangkan empat daerah di negeri ini kini dikategorikan zon merah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/kerajaan-pahang-cadang-pkp-di-kuantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !"

Catat Ulasan

Loading...