Judul : Langgar SOP Ziarah Aidil Fitri: NGO Persoalkan Kenapa Hanya 'Tuan Rumah' Yang Di Kompuan, Jangan 'Double Standard' Membuat Tindakan !
link : Langgar SOP Ziarah Aidil Fitri: NGO Persoalkan Kenapa Hanya 'Tuan Rumah' Yang Di Kompuan, Jangan 'Double Standard' Membuat Tindakan !
Langgar SOP Ziarah Aidil Fitri: NGO Persoalkan Kenapa Hanya 'Tuan Rumah' Yang Di Kompuan, Jangan 'Double Standard' Membuat Tindakan !
KUANTAN - NGO Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) berasa hairan kenapa hanya tuan rumah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana membenarkan kunjungan tetamu ke rumahnya di Felda Chini 2, di sini sempena Hari Raya Aidilfitri pertama, Khamis lalu.
Presidennya Kapten (K) Haslihelmy DM Zulhasli, dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan tindakan tersebut.
Menurut beliau dalam video yang tular di laman media sosial dan turut dilaporkan kepada pihak PDRM, tetamu yang hadir adalah lebih daripada 10 orang.
"Adakah SOP dilaksanakan hanya memperuntukkan kompaun kepada pihak tuan rumah sahaja?," soal beliau.
Menurutnya lagi disebabkan video berkenaan yang mana turut dihadiri oleh seorang pimpinan pemuda sebuah parti politik dalam kerajaan Pusat pada ketika ini, ia mengundang rasa tidak puas hati rakyat yang tidak dapat berhari raya dan melakukan ziarah Aidilfitri.
"Jika rakyat tidak dibenarkan melakukan ziarah Aidilfitri, adakah pimpinan parti-parti politik di negara ini dibenarkan untuk berbuat demikian? Adakah mereka 'kebal' dan 'dilindungi' dari dikompaun?.
"Majoriti ramai rakyat rata-ratanya patuh akan arahan dan SOP ditetapkan dan tidak berziarah Aidilfitri walaupun ke jiran sebelah rumah," tambah Haslihelmy lagi.
Katanya PSAP berpandangan, seharusnya bukan sahaja tuan rumah dikenakan kompaun, sebaliknya semua tetamu yang hadir perlu turut dikompaun.
Ia sebagai keadilan kerana, tentunya jika tetamu tidak hadir, ziarah berkenaan tidak akan berlaku.
"Jika hendak memberikan pengajaran, sewajarnya ia diberikan kepada semua pihak bukan sahaja tuan rumah malah semua tetamu yang hadir.
"PSAP berharap tidak ada 'double standard' oleh pihak berkuasa dalam mengenakan kompaun kepada rakyat yang ingkar SOP ditetapkan.
"Siapa buat salah, masing-masing harus dikompaun. Ia baru adil demi pengajaran kepada mereka," dakwa beliau lagi #pahangdaily
Demikianlah Artikel Langgar SOP Ziarah Aidil Fitri: NGO Persoalkan Kenapa Hanya 'Tuan Rumah' Yang Di Kompuan, Jangan 'Double Standard' Membuat Tindakan !
Anda sekarang membaca artikel Langgar SOP Ziarah Aidil Fitri: NGO Persoalkan Kenapa Hanya 'Tuan Rumah' Yang Di Kompuan, Jangan 'Double Standard' Membuat Tindakan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/langgar-sop-ziarah-aidil-fitri-ngo.html
0 Response to "Langgar SOP Ziarah Aidil Fitri: NGO Persoalkan Kenapa Hanya 'Tuan Rumah' Yang Di Kompuan, Jangan 'Double Standard' Membuat Tindakan !"
Catat Ulasan