Loading...

Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !

Loading...
Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !
link : Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !

Baca juga


Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !

 

TASEK GELUGOR - Hanya kerana tidak menutup pintu rumah, seorang lelaki mengamuk dan memukul isteri serta anak perempuannya dengan kerusi di Taman Desa Sena, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun yang dikatakan berang apabila anak perempuannya berusia 19 tahun tidak menutup pintu rumah.

Berikutan itu, lelaki berkenaan bertindak di luar jangka apabila mengambil kerusi berwarna putih di bahagian ruang tamu lalu memukul anaknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian itu disedari isteri suspek berusia 51 tahun yang kemudian menghalang tindakan suaminya namun dia turut dipukul.

Katanya, insiden menyebabkan isteri dan anak suspek sakit di badan sebelum membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka selepas suami suspek turut mengugut mahu membunuhnya.

"Menurut hasil percakapan, pasangan ini sudah berkahwin selama 20 tahun dan tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh wanita (isteri suspek) yang bekerja sebagai pegawai kerajaan.

"Suspek adalah bekas tentera dan kini bekerja di sebuah kilang yang mana dia sudah tidak bercakap dengan isterinya sejak setahun lalu biarpun masih tinggal serumah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga seorang mualaf dikatakan sering memukul isteri dan anak-anaknya apabila berlaku perselisihan faham namun perkara itu tidak pernah dilaporkan kepada polis.

"Suspek tidak mempunyai masalah kesihatan dan pasangan ini mempunyai masalah dalam rumah tangga mereka apabila tinggal berasingan yang mana suspek tinggal di bilik bawah manakala isterinya di tingkat atas," katanya.

Noorzainy berkata, bertindak melalui laporan yang diterima polis ke lokasi kejadian dan menahan suspek pada jam 2.10 petang untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan awal, suspek mengaku memukul isteri dan anaknya dengan kerusi.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia kini ditahan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !

Sekianlah artikel Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/lelaki-mengamuk-pukul-anak-dan-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Mengamuk Pukul Anak Dan Isteri Guna Kerusi, Hanya Kerana Terlupa Menutup Pintu !"

Catat Ulasan

Loading...