Loading...

Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion

Loading...
Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion
link : Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion

Baca juga


Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum diisytiharkan muflis atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib ketika dihubungi berkata, pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, LHDN mencadangkan agar mahkamah merekodkan segera muflis pada Najib namun pihaknya membantah cadangan LHDN tersebut.

Yeong Kang berkata, pihaknya membantah cadangan tersebut dengan berhujah bahawa LHDN tersalah arah berhubung undang-undang membabitkan prosiding muflis.

“Mahkamah memaklumkan bahawa tindakan muflis tidak berlaku pada peringkat ini,” katanya selepas pengurusan kes melalui talian di hadapan Timbalan Pendaftar Ida Rahayu Sharif.

Tambah Yeong Kang dalam prosiding sama, mahkamah turut memaklumkan bahawa Najib perlu memfailkan permohonan menangguhkan prosiding muflis dan mengetepikan notis kebankrapan sebelum 24 Mei ini.

Dalam prosiding itu, peguam Athari Faris Ammery Hussien hadir bagi pihak pemiutang LHDN.

Pada 4 Februari lalu, LHDN telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri, Najib atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.

Menurut notis tersebut, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.

Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. #sumber



Demikianlah Artikel Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion

Sekianlah artikel Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/najib-belum-di-isytihar-muflis-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion"

Catat Ulasan

Loading...