Judul : Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial
link : Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial
Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial
KUANTAN - Susulan kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terhadap aduan awam yang dibuat oleh aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad tentang lori treler membawa kayu balak yang saiznya amat luar biasa, ramai netizen menyerang beliau di media sosial.
Netizen marah dengan tindakan beliau, dengan mendakwa Khaidir seorang 'kaki fitnah'. Tambahan pula sebelum ini beliau banyak mendedahkan isu berkaitan pencerobohan tanah, pengondolan hutan dan pembalakan haram di negeri Pahang.
Maka, inilah masanya netizen yang tidak menyokong tindakan beliau untuk menyerangnya bertalu-talu.
"Tak serik-serik si Khaidir Ahmad ni kalau buat statement, main lutu jer...tak mboh usul perisa..nak mengadu sekalipun bukan FB tempatnya...nak kata bongok sebelum ni keje di TV3," kata Nurashikin Sulaiman.
"4.3k share... 9.1likes...maknanya dah tersebar berpuluh ribu nengok post ni... ternyata bole menimbulkan fitnah... Dah viral merata ni... menjatuhkan aib geng2 bawak lori balak... huhu... bawak mengucap...," kata Salman M Zaki.
Sementara itu Netizen Jubaidi Chamkari pula menganggap Khaidir sebagai wartawan yang sudah tidak laku.
"Wartawan lapok, ketinggalan zaman, tak ada fakta saje nak buat isu. Posting kau ni berdasarkan apa? ada fakta ke balak tu negeri Pahang punya? Kalau tak tau tanya aku ni. Balak tu trengganu yang punya, lalu LPT sebab nak dihantar ke Selangor. Kau tak serik ke kena saman? kang ada yang saman kau lagi...berhati2lah... jgn ikutkan hasad dengki sangat... zaman kau dah berlalu," katanya.
Malah bukan sahaja netizen yang menyerang beliau, tapi seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin juga telah secara terbuka menyerang Khaidir di laman facebooknya. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221157931271274&id=1034692333)
"Sampai lebih 3,000 shares story ni. Story yang menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang komen konon ada balak hutan simpan di keluarkan dari hutan simpan Pahang.
"Ternyata satu fitnah kerana ada dokumen sah ianya dibawa dari Terengganu untuk dihantar ke kilang di Selangor. Dari Ganu weh, memang lah terpaksa lalu jalan Pahang. Nak buat posting, siasat dulu. Jangan jadi fitnah," kata kenyataannya.
Apa pun ramai juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu, antaranya Mohd Din Husin.
"Mintak maaf lah dato bukan apa kita ni rakyat yang cakna macam itu lah bukan nak menyalahkan sbb rakyat ambil tahu jangan lah nanti bila rakyat bising viral kan seperti kata menuduh bila rakyat' senyap pakat tengok aje nanti kata tidak perihatin pulak yang penting nya perkara yang benar seperti kata pegawai perhutanan tadi jelas kan kita nak yang berwajib atas tugasan masing² insyaallah tidak timbul perkara sebegini maaf dato," kata beliau.
"Alahai YB ni. Macamni ke posting seorang YB?. KAN DIA bertanya tu. Jawab je lah," kata Mendan Sagor ringkas.
Kenyataan beliau dijawab oleh Shahaniza.
"Mendan Sagor itu lah jawapannya.. kan dah bgu sekali statement jabatan hutan.. dan saya pun mengingatkn jgn buat posting yg blh menjadi fitnah".
Kemudian berlaku perdebatan diantara Shahaniza dengan beberapa orang netizen lain yang tidak senang dengan kenyataannya itu.
Namun paling mengejutkan, posting Shahaniza dijawab oleh Khaidir Ahmad tanpa rasa takut dihentam oleh penyokongnya.
"Assalamualaikum YB DS Shahaniza Shamsuddin... saya menghormati Saudari sebagai seorang Wakil Rakyat dan juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.
"Justeru menulislah dengan bijak sesuai dengan kedudukan dan darjat duniawi Saudari itu. Menuduh posting saya sebagai satu FITNAH adalah tidak betul kerana saya tidak membuat sebarang tuduhan tetapi sekadar bertanya dan meluahkan kemusykilan sebagai rakyat biasa apabila melihat dengan mata sendiri mengenai sesuatu yang luarbiasa dan mencurigakan.
"Sebagai seorang WAKIL RAKYAT, Saudari perlu bersikap professional dan bukannya EMOSIONAL dalam menyantuni suara aduan rakyat. Contohilah kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang bukan sahaja begitu profesional berhubung isu ini, malah menghargai aduan rakyat," kata kenyataan di facebook beliau. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=425526668889953&id=100042978705563)
Ada juga netizen yang mengaitkan isu ini dengan pencerobohan tanah Musang King di Raub.
"Wow, cepatnya pejabat hutan Pahang reply. Tanah hutan Raub sampai beribu-ribu hektar sejak berpuluh-puluh tahun diceroboh dek cina tanam durian tu, mana reply oleh pejabat hutan Pahang ni?," kata Saiful Bahri.
Bermacam-masam komen panas dan pedas dibuat terhadap Khaidir bekas editor TV3 dan juga merupakan anak saudara kepad pejuang nasionalis negara Allahyarham Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) itu.
Namun, ada juga netizen yang menyokong tindakan Khaidir itu, antaranya ialah Mohd Zamri Mohd Sham.
"Dia sekadar buat aduan...Jabatan Hutan Pahang pun memang mengalu alukan setiap aduan...untuk tindakan pantas.
"Ramai yang komen ikut emosi dan bersentimen. Kalau dirujuk posting asal Khaidir Ahmad tiada pun dia menyebut sesiapa dan dari mana balak berkenaan. Apa dan siapa yang dia fitnah. Cuma dia agak terkasima dengan saiz balak berkenaan...apa masalahnya...ke ada yang makan lada?, " katanya.
Sementara itu, netizen Rahman Ismail pula mendakwa beliau bersetuju tindakan Khaidir mendedahkan isu ini.
"Itu telah disahkan oleh Pejabat Hutan Pahang...dan Pej Hutan Pahang sangat mengalu-alukan sebarang aduan agar tindakan pantas boleh dilakukan. Kita seharusnya menyokong aduan dan pendedahan seperti ini demi kelangsungan dan kelesarian alam sekitar kita...ada jg orang yg prihatin," komen beliau.
Demikianlah Artikel Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial
Anda sekarang membaca artikel Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/panas-isu-saiz-balak-luar-biasa-exco.html
0 Response to "Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial"
Catat Ulasan