Judul : Pembangkang Persoal Tindakan MBK Saman Peniaga Lulus Lesen Niaga, Tiada Peruntukan Tangani Covid-19 Daripada Kerajaan Negeri !
link : Pembangkang Persoal Tindakan MBK Saman Peniaga Lulus Lesen Niaga, Tiada Peruntukan Tangani Covid-19 Daripada Kerajaan Negeri !
Pembangkang Persoal Tindakan MBK Saman Peniaga Lulus Lesen Niaga, Tiada Peruntukan Tangani Covid-19 Daripada Kerajaan Negeri !
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Lee Chean Chung hari ini mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) atas tindakan luar biasa, menyaman peniaga yang diberi kelulusan berniaga oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit semalam.
"Hari ini saya mendapati bahawa ada satu kes luar biasa iaitu sebuah kedai kek di Jalan Beserah dikenakan saman RM1,500 walaupun telah mendapat kelulusan beoperasi oleh MBK. Kelulusan diberikan oleh MBK, dan saman juga dikeluarkan oleh MBK.Saya harap MBK boleh memberikan penjelasan terhadap kes ini," kata kenyataan di facebook beliau.
Sebelum itu beliau telah membuat satu kenyataan media berkaitan perkara tersebut.
"Saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk mewajibkan pelanggan-pelanggan yang berurusan di pejabat dan kaunter Kerajaan Negeri Pahang perlu mendaftar program vaksinasi dan telah bersetuju atau sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Langkah ini dapat melindungi petugas dan pelanggan lain, di samping menggalakkan pendaftaran vaksinasi di Pahang yang masih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Saya turut mencadangkan bahawa lebih kelonggaran perlu diberikan kepada penerima bantuan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan JKM, dan kaunter khidmat agensi kebajikan sewajarnya membantu golongan susah ini membuat pendaftaran," katanya.
Namun beliau kesal bahawa Kerajaan Negeri Pahang hanya mengambil langkah separuh masak dalam usaha menangani COVID-19.
Untuk makluman, wakil-wakil rakyat pembangkang dari sembilan kawasan DUN di Pahang yang mana jumlah penduduknya melebihi 200,000 orang tidak diberikan apa-apa kemudahan dan peruntukan untuk menjalankan tugas masing-masing.
Sehingga hari ini peruntukan adalah sifar, kemudahan tiada, sehingga sehelai pelitup muka pun tidak diberikan untuk tahun ini. Bagaimanakah kita dapat membanteras COVID-19 bersama-sama sekiranya wakil-wakil rakyat yang dipilih pun tidak dilayan secara adil oleh Kerajaan Negeri Pahang?
"Memandangkan beberapa daerah di Pahang telah diisytihar zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan menyedari bahawa kes COVID-19 di Pahang makin meningkat, maka saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang supaya segera meluluskan peruntukan yang setara, bantuan peralatan/kemudahan yang sepadan serta akses kepada maklumat yang adil kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik dan kawasan.
"Janganlah menimbulkan keraguan bahawa kerajaan bersifat memberat sebelah dan masih berpolitik dalam keadaan krisis kesihatan ini. Hanya dengan menyatu-padukan rakyat barulah kita dapat menggemblingkan segala kekuatan untuk membanteras wabak COVID-19,' tambah kenyataan di facebook beliau.
Demikianlah Artikel Pembangkang Persoal Tindakan MBK Saman Peniaga Lulus Lesen Niaga, Tiada Peruntukan Tangani Covid-19 Daripada Kerajaan Negeri !
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang Persoal Tindakan MBK Saman Peniaga Lulus Lesen Niaga, Tiada Peruntukan Tangani Covid-19 Daripada Kerajaan Negeri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/pembangkang-persoal-tindakan-mbk-saman.html

0 Response to "Pembangkang Persoal Tindakan MBK Saman Peniaga Lulus Lesen Niaga, Tiada Peruntukan Tangani Covid-19 Daripada Kerajaan Negeri !"
Catat Ulasan