Judul : Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras !
link : Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras !
Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras !
KAJANG - Susulan kes pukul warga asing yang tular semalam, polis menahan enam lelaki termasuk pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan.
Beliau berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan rakaman video insiden berdurasi 1 minit 21 saat yang tular di media sosial.
“Bagaimanapun, seorang daripada mereka diberikan jaminan polis selepas siasatan mendapati lelaki itu adalah pemilik premis di tempat kejadian,” katanya.
Zaid berkata, lima lelaki yang masih ditahan dibawa ke Mahkamah Kajang hari ini untuk memperoleh perintah tahan reman sehari.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Radzee Jamudi di talian 019 6655811 atau balai polis berdekatan.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian petang semalam di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Siasatan juga dibuat atas kesalahan melanggar SOP PKPB, bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. #sumber
Demikianlah Artikel Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras !
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/pengerusi-ngo-antara-enam-yang-di-tahan.html

0 Response to "Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras !"
Catat Ulasan