Loading...

Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta

Loading...
Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta
link : Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta

Baca juga


Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta

 


PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya Umno itu bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan kesahihan surat tersebut.

Pemecatan beliau menyusul kejadian kemalangan LRT dua hari lalu yang mengakibatkan 213 penumpang cedera, dengan lebih daripada 60 dihantar ke hospital.

Kemalangan tersebut adalah kejadian terburuk melibatkan Laluan Kelana Jaya sejak ia mula beroperasi sebagai Laluan Putra pada 1996.

Tajuddin dikritik hebat berhubung sidang media yang diadakannya semalam selepas tinjauan di lokasi kemalangan pada pagi selepas kejadian.

Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) menyeru agar Tajuddin meletak jawatan susulan kemalangan itu, dengan berkata, ketiadaan kenyataan segera daripada beliau berhubung kejadian itu disifatkan sebagai tidak menghormati para penumpang.

Petisyen dalam talian yang menggesa beliau berundur turut menjadi tular.

Tajuddin juga dihentam netizen kerana bersikap tidak sensitif dan kurang ajar semasa sidang medianya, dengan banyak pihak menuntut peletakan jawatannya, dan menggambarkan sidang media berkenaan sebagai “bencana” perhubungan awam.

Pada sidang media tersebut, beliau meminta pihak media supaya tidak mencetuskan provokasi atau mensensasikan sesuatu isu.

“Jangan lah suka ‘provoke’, apa gunanya?” kata beliau.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau dipecat berhubung kemalangan LRT atau sidang media berkenaan. #sumber



Demikianlah Artikel Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta

Sekianlah artikel Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/perkhidmatan-tajuddin-abdul-rahman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta"

Catat Ulasan

Loading...