Judul : PKPD: Seramai 54 Penduduk Diuji, 35 Didapati Positif Covid-19 Di Kampung Paya Teh Jerantut
link : PKPD: Seramai 54 Penduduk Diuji, 35 Didapati Positif Covid-19 Di Kampung Paya Teh Jerantut
PKPD: Seramai 54 Penduduk Diuji, 35 Didapati Positif Covid-19 Di Kampung Paya Teh Jerantut
PUTRAJAYA - Tiga lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan dua daripadanya di Pahang.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, salah satunya ialah Kampung Paya Teh, Jerantut.
Katanya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 54 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut dan 35 daripadanya disahkan positif COVID-19.
“KKM juga melaporkan berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Paya Teh, Jerantut berkuat kuasa 17 Mei sehingga 30 Mei 2021.
“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel PKPD: Seramai 54 Penduduk Diuji, 35 Didapati Positif Covid-19 Di Kampung Paya Teh Jerantut
Anda sekarang membaca artikel PKPD: Seramai 54 Penduduk Diuji, 35 Didapati Positif Covid-19 Di Kampung Paya Teh Jerantut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/pkpd-seramai-54-penduduk-diuji-35.html
0 Response to "PKPD: Seramai 54 Penduduk Diuji, 35 Didapati Positif Covid-19 Di Kampung Paya Teh Jerantut"
Catat Ulasan