Judul : PRU-15: Calon BN Pahang Wajib Di Kalangan Orang Tempatan Yang Berasal Dari Negeri Ini
link : PRU-15: Calon BN Pahang Wajib Di Kalangan Orang Tempatan Yang Berasal Dari Negeri Ini
PRU-15: Calon BN Pahang Wajib Di Kalangan Orang Tempatan Yang Berasal Dari Negeri Ini
KUANTAN - Calon Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 akan datang wajib merupakan orang tempatan yang berasal dari Negeri Pahang.
Demikian kenyataan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim.
"Isu ini timbul selepas satu kenyataan seorang Ahli Majlis Tertinggi MCA tentang kesediaan untuk bertanding di kawasan Parlimen Raub tular di media sosial," katanya.
Menurut Faiz lagi, walaupun kenyataan tersebut dikatakan sebagai tidak benar, isu ini wajar dibangkitkan kerana ia dikhuatiri dapat menjejaskan persiapan Parti BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
"Faktor calon adalah satu faktor yang amat mustahak untuk memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang. Kita tidak boleh memperjudikan kemenangan di sesebuah kawasan dengan meletakkan calon yang tidak boleh menang", jelas Faiz.
Parti-parti komponen turut dinasihatkan untuk bersikap lebih strategik dalam hal meletakkan calon. Pemimpin parti harus lebih sensitif dan peka terhadap apa yang rakyat mahukan. Semestinya pengundi di Pahang lebih selesa dengan calon yang berasal dari kalangan mereka iaitu orang tempatan.
"Pengundi sekarang lebih bijak menilai. Keadaan masa kini tidak boleh disamakan dengan dahulu dimana parti boleh memperoleh kemenangan besar dengan meletakkan siapa juga calon yang mereka mahu", ujarnya lagi. #sumber
Demikianlah Artikel PRU-15: Calon BN Pahang Wajib Di Kalangan Orang Tempatan Yang Berasal Dari Negeri Ini
Anda sekarang membaca artikel PRU-15: Calon BN Pahang Wajib Di Kalangan Orang Tempatan Yang Berasal Dari Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/pru-15-calon-bn-pahang-wajib-di.html
0 Response to "PRU-15: Calon BN Pahang Wajib Di Kalangan Orang Tempatan Yang Berasal Dari Negeri Ini"
Catat Ulasan