Loading...

Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !

Loading...
Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !
link : Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !

Baca juga


Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !

 

MELAKA - Seorang pemandu lori dan tiga anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol, meliwat dan memukul seorang remaja perempuan yang juga ahli keluarga kesemua tertuduh sejak tahun lalu.

Bapa mangsa berusia 51, dan tiga abangnya berusia 23, 27 dan 29 tahun, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Dalam prosiding tersebut, lelaki yang juga ketua keluarga itu didakwa dengan 33 pertuduhan kerana merogol anaknya yang berusia 17 tahun dua bulan.

Bapa mangsa didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh sama juga berdepan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Selain itu, lelaki itu turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan menggunakan getah paip.

Oleh demikian, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara itu, ketiga-tiga abang mangsa masing-masing dihadapkan dengan 18 pertuduhan merogol dan turut didakwa atas Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Adik-beradik itu juga didakwa atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan keempat-empat tertuduh di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya dekat sini antara 1 Mac 2020 hingga 1 Februari 2021 lalu.

Nariman menetapkan tarikh 8 Jun ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan perbuatan jelik seorang bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun akhirnya terbongkar selepas polis memberkas keempat-empat suspek.

Tangkapan itu dibuat susulan mangsa membuat laporan pada pukul 2.59 petang pada 21 April, mendakwa dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Tanjung Minyak dekat sini. #sumber



Demikianlah Artikel Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !

Sekianlah artikel Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/rogol-liwat-pukul-anak-remaja-perempuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !"

Catat Ulasan

Loading...