Judul : Sah, Pemain Kacukan Malaysia-England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang FC !
link : Sah, Pemain Kacukan Malaysia-England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang FC !
Sah, Pemain Kacukan Malaysia-England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang FC !
KUANTAN - Pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad sah menyarung jersi Sri Pahang FC apabila menandatangani kontrak bersama pasukan itu, hari ini.
Kehadiran bekas pemain kelab Thailand, Nongbua Pitchaya itu diyakini memperkasakan jentera pertahanan Sri Pahang.
Pengesahan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang selepas Swirad menandatangani kontrak dengan Sri Pahang FC di Kuala Lumpur.
"Kehadiran Swirad amat dinantikan ketika pasukan ini amat memerlukan pemain berpengalaman terutama dalam usaha memantapkan lagi jentera pertahanan.
"Dengan taktikal ketua jurulatih (Dollah Salleh), saya percaya pertahanan Sri Pahang akan lebih mantap.
"Ia termasuk gabungan pemain sedia ada dan empat pemain import baharu untuk meletakkan Sri Pahang pada prestasi terbaik dalam saingan Liga Super," katanya.
Swirad adalah pemain kelima menyertai Sri Pahang pada jendela pindahan pemain yang dibuka pada 3 Mei lalu selepas Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).
Berdasarkan rekod, pemain pertahanan itu pernah beraksi dengan beberapa kelab divisyen bawahan England sebelum berhijrah ke Liga Malaysia (Liga M) apabila menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) II.
Dia kemudiannya bermain dengan Melaka United selama dua musim sebelum menyertai PKNS FC pada 2019, disusuli Selangor (2020).
Musim ini, Swirad menyertai Nongbua Pitchaya dan membantu mereka muncul juara Liga Divisyen Dua Thailand seterusnya layak ke divisyen utama musim depan tetapi dia tidak boleh beraksi dalam liga utama itu kerana jumlah beraksi bersama skuad kebangsaan kurang. #sumber
Demikianlah Artikel Sah, Pemain Kacukan Malaysia-England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang FC !
Anda sekarang membaca artikel Sah, Pemain Kacukan Malaysia-England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang FC ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/sah-pemain-kacukan-malaysia-england.html


0 Response to "Sah, Pemain Kacukan Malaysia-England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang FC !"
Catat Ulasan