Judul : Seluruh Rakyat Tanpa Mengira "Kaum, Agama" Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel
link : Seluruh Rakyat Tanpa Mengira "Kaum, Agama" Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel
Seluruh Rakyat Tanpa Mengira "Kaum, Agama" Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel
KUANTAN - Seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan juga ideologi perlu terus mengutuk kekejaman serangan Israel terhadap rakyat Palestin.
Ini bukan sahaja membabitkan isu agama tetapi kemanusiaan sejagat yang memerlukan seluruh dunia mengecam dan memberi tekanan kepada Israel, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkata, seluruh rakyat perlu menunjukkan kebersamaan dan solidariti sebagai manusia atas tindakan tidak berperikemanusian Israel.
“Sebagai umat Islam, perasaan sedih melihat kesengsaraan itu (dialami oleh rakyat Palestin ekoran kekejaman rejim Zionis) amatlah dituntut.
“Ia sebagai mana sabda Rasulullah SAW: Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling bersimpati bagaikan satu tubuh.
“Jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim),” katanya di sini semalam.
Young Syefura berkata, doa adalah satu-satunya ‘senjata’ orang mukmin yang boleh mengubah keadaan jika diizinkan oleh Allah SWT.
“Terdapat dalam sebuah hadis baginda Rasulullah SAW yang maksudnya: Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab,” katannya.
Beliau berkata, DAP mengecam tindakan keganasan anggota keselamatan Israel terhadap warga Palestin semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, Israel sepatutnya mencari jalan mengurangkan konflik Timur Tengah yang semakin meruncing dan bukan mengambil jalan keganasan. #sumber
Demikianlah Artikel Seluruh Rakyat Tanpa Mengira "Kaum, Agama" Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel
Anda sekarang membaca artikel Seluruh Rakyat Tanpa Mengira "Kaum, Agama" Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/seluruh-rakyat-tanpa-mengira-kaum-agama.html
0 Response to "Seluruh Rakyat Tanpa Mengira "Kaum, Agama" Dan Juga Ideologi Perlu Terus Mengutuk Israel"
Catat Ulasan