Loading...

Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !

Loading...
Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !
link : Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !

Baca juga


Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !

 

KUANTAN - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melaporkan situasi terkini wabak pandemik COVID-19 di negeri ini masih belum reda, terutamanya di daerah Kuantan.

Demikian kenyataan rasmi yang dibuat oleh Menteri  Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wah Ismail semalam.

Menurut Wan Rosdy, sehingga jam 5. 00 petang Jumaat 14 Mei 2021, daripada 178 kes positif baharu yang dilaporkan di Pahang, 135 kes daripadanya melibatkan daerah Kuantan termasuk dengan kemunculan kluster baharu tempat kerja dikenali Kluster AEON Zenith.

"Empat (4) hari sebelumnya pun, turut menunjukkan bilangan kes positif baharu yang tinggi di daerah Kuantan berbanding seluruh Pahang iaitu 38 kes daripada 77 kes pada 10 Mei; 40 kes daripada 85 kes pada 11 Mei; 39 kes daripada 63 kes pada 12 Mei; dan, 22 kes daripada 56 kes pada 13 Mei, " kata beliau.

Selain itu, menurut Wan Rosdy sudah terdapat empat (4) lokaliti atau kawasan dalam daerah Kuantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) termasuk Taman Tanah Putih Baharu yang masih berkuatkuasa, bermula 5 Mei sehingga 18 Mei.   

"Tiga (3) lokaliti/kawasan lain yang pernah dikenakan PKPD yang sama dan telahpun tamat tempoh penguatkuasaannya ialah Indera Mahkota 2, Astaka Village, dan Galing.

"Maklumat-maklumat yang diperolehi ini sangat membimbangkan saya. Ini disebalik saranan berkali-kali saya keluarkan sebelum ini termasuk terbaharu, dalam perutusan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1442 Hijrah, tentang keperluan kita mematuhi segala nasihat dan panduan yang Kerajaan keluarkan," tambah Menteri Besar Pahang itu lagi.

Oleh itu, beliau sekali lagi merayu agar rakyat Pahang khususnya penduduk Kuantan, memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya bimbang jika situasi sekarang berlarutan, malah berlaku lagi peningkatan terutamanya di daerah Kuantan, MKN mungkin akan mencadangkan langkah-langkah yang lebih ketat lagi bagi membendunginya," dakwa beliau. #sumber



Demikianlah Artikel Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !

Sekianlah artikel Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/wan-rosdy-gesa-rakyat-pahang-patuhi-sop.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi SOP, Situasi Covid-19 Di Negeri Ini Belum Reda !"

Catat Ulasan

Loading...