Judul : Warga Terengganu Bebas 'Rentas Negeri' Ikut Jalan Tikus Dari Neram-Bukit Goh Ke Kuantan
link : Warga Terengganu Bebas 'Rentas Negeri' Ikut Jalan Tikus Dari Neram-Bukit Goh Ke Kuantan
Warga Terengganu Bebas 'Rentas Negeri' Ikut Jalan Tikus Dari Neram-Bukit Goh Ke Kuantan
KUANTAN - Pihak berkuasa di gesa memantau lokasi 'jalan tikus' yang menjadi laluan masuk warga Terengganu ke bandaraya Kuantan tanpa halangan walau pun larangan rentas negeri dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Difahamkan jalan terbabit menjadi laluan keluar masuk warga Terengganu ke Kuantan sejak arahan rentas negeri diumunkan.
Menurut sumber, semua laluan dibuat Sekatan Jalan Raya (SJR), tapi laluan terbabit iaitu dari Jerangan - Jabor melalui Cheneh - Neram - Bukit Sagu langsung tiada SJR.
"Saya lihat hari-hari banyak kenderaan lalu dari Terengganu ke Kuantan terutamanya mereka yang bersempadan dari Kemaman, Chukai, Kerteh, Paka, Dungun dan sebagainya. Saya ada bertanya, mereka mendakwa SJR tidak dibuat dijalan itu, maka ia mempermudahkan segala urusan," kata sumber terbabit.
Memandangkan laluan dari arah Kuantan ke Kemaman ada SJR di Sungai Baging dan Plaza Tol Kuantan (Bukit Goh), maka laluan Neram - Bukit Sagu adalah jalan alternatif atau 'jalan tikus' yang digunakan.
"Sebab iru bandaraya Kuantan dipenuhi dengan warga Terengganu yang membeli belah barangan keperluan hari raya baru-baru ini. Sebab mereka boleh rentas negera tanpa sekatan melalui jalan terbabit," katanya lagi.
Justeru, pihak berkuasa diminta memantau dan membuat SJR di laluan ini bagi menggelakkan kemasukan warga Terengganu ke Kuantan melalui 'jalan tikus' terbabit. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang isu ini sebenarnya.
Apa pun senario ini amat mendukacitakan sesetengah pihak, sebab mereka yang bebas melalui jalan ini seolah-olah gembira melanggar SOP yang ditetapkan sebab tidak disedari oleh pihak berkuasa selama ini. #PDO
Demikianlah Artikel Warga Terengganu Bebas 'Rentas Negeri' Ikut Jalan Tikus Dari Neram-Bukit Goh Ke Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Warga Terengganu Bebas 'Rentas Negeri' Ikut Jalan Tikus Dari Neram-Bukit Goh Ke Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/05/warga-terengganu-bebas-rentas-negeri.html

0 Response to "Warga Terengganu Bebas 'Rentas Negeri' Ikut Jalan Tikus Dari Neram-Bukit Goh Ke Kuantan"
Catat Ulasan