Judul : Bilik Fail Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Laporkan Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan !
link : Bilik Fail Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Laporkan Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan !
Bilik Fail Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Laporkan Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan !
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ketika ditemui berkata, pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada 6.05 petang tadi.
Pihak bomba tiba di perkarangan IPK pukul 4.41 petang dengan kekuatan empat jentera Bomba, satu unit EMERS, dan unit forensik.
3BBB10AF-30B0-41AE-B71D-B49FEC9242D7.jpeg?resize=640%2C480&ssl=1
Mohd Yusri Hassan Basri bersama anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran.
“Siasatan awal mendapati anggota bertugas berada di tingkat tiga IPK Pahang telah melihat asap kebakaran dan terus menghubungi CCC Pahang dan pihak bomba.
“Faktor utama dalam siasatan awal berkemungkinan akibat litar pintas, namun siasatan masih dijalankan,” kata Mohd Yusri ketika ditemui.
Manakala Pegawai Penguasa Kanan Bomba 1 JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan operasi berjaya dikawal dan pemeriksaan menyeluruh dijalankan.
“Pemeriksaan juga meliputi aras empat dan semua dilihat terkawal.
0299063D-C0D3-478A-BDE8-985F3C84DE89.jpeg?resize=640%2C360&ssl=1
“Operasi pemadaman melibatkan kekuatan 30 pegawai dan anggota telah bertindak memandamkan kebakaran.
“Walau bagaimanapun punca kebakaran dan kemusnahan masih dalam siasatan.
“Pihak bomba masih berada di lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut.
“Anggaran kemusnahan dalam siasatan sepenuhnya.” Katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Bilik Fail Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Laporkan Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan !
Anda sekarang membaca artikel Bilik Fail Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Laporkan Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/bilik-fail-ibu-pejabat-polis-kontijen.html



0 Response to "Bilik Fail Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Laporkan Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan !"
Catat Ulasan