Loading...

Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !

Loading...
Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !
link : Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !

Baca juga


Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !


RAUB - Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak memusnahkan ribuan pokok pisang dan durian klon Musang King dalam kawasan seluas lebih 12 hektar yang ditanam secara haram di Kompartmen 48, Hutan Simpan Kelau, di sini semalam.

Turut dimusnahkan pokok nangka, cempedak dan petai yang ditanam secara berperingkat dipercayai diusahakan tiga individu tempatan.

Pegawai PHD Raub, Shahril Mohamad, berkata operasi memusnahkan pokok di kawasan itu bermula 9 pagi semalam disertai 30 kakitangan dibantu Unit Tindakan Khas (UTK) Raub dan Unit Penguatkuasa (UPK) Zon Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta di bawah pengawasan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Katanya, siasatan mendapati dalam kawasan berkenaan terdapat lebih 4,000 pokok pisang pelbagai jenis yang telah mengeluarkan hasil dan kira-kira 350 durian Musang King berusia antara enam bulan hingga tiga tahun.

Katanya, pihaknya turut merobohkan pondok atau rumah kongsi sementara yang dibina, dipercayai tempat tinggal individu dan pekerja ladang berkenaan.

"Ketika operasi dijalankan tiada individu dalam kawasan berkenaan, dipercayai meninggalkan tempat itu sebelum serbuan.

"Operasi pemusnahan ladang haram itu dijangka mengambil masa selama empat hingga lima hari," katanya yang turut menyertai operasi berkenaan, semalam.

Shahril berkata, usaha memusnahkan tanaman ditanam secara haram itu mengambil masa panjang kerana mereka yang terbabit dalam operasi itu menggunakan parang untuk menebang lebih 4,000 pokok pisang dan durian Musang King bersaiz kecil.

Katanha, kedudukan ladang berkenaan bersebelahan dengan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang sedang dalam pembinaan seolah menjadi pelindung pada individu terbabit melakukan kesalahan sebelum ini.

"Sebahagian pokok pisang dan nangka sudah mengeluarkan hasil dan ia dipercayai dipasarkan di daerah ini.

"Kita tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan individu yang bertindak menceroboh hutan simpan di daerah ini, tindakan akan diambil mengikut Akta Perhutanan Negara 1984," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !

Sekianlah artikel Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/ceroboh-tanah-pejabat-hutan-musnah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ceroboh Tanah, Pejabat Hutan Musnah Ribuan Pokok Pisang Dan 'Klon Musang King' Di Raub !"

Catat Ulasan

Loading...