Judul : Covid-19: Sebanyak 5,841 Kes Positif Baharu, Selangor Kekal Negeri Catatkan Kes Tertinggi
link : Covid-19: Sebanyak 5,841 Kes Positif Baharu, Selangor Kekal Negeri Catatkan Kes Tertinggi
Covid-19: Sebanyak 5,841 Kes Positif Baharu, Selangor Kekal Negeri Catatkan Kes Tertinggi
PUTRAJAYA - Sebanyak 5,841 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat ke 716,847.
Angka jangkitan hari ini menunjukkan sudah dua hari berturut-turut angka kes positif melepasi paras 5,000 selepas merekodkan sebanyak 5,244 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 781 kes, Sarawak (581); Kuala Lumpur (552); Johor (346); Kedah (271) dan Melaka (247).
"Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan hanya Perlis melaporkan kes baharu satu digit iaitu lima kes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, daripada 5,841 kes baharu itu, lapan adalah kes import manakala 5,833 kes membaitkan penularan dalam negara.
"Kes import melibatkan seorang warganegara dan tujuh bukan warganegara manakala kes tempatan membabitkan 4,683 warganegara dan 1,150 bukan warganegara," katanya.
Sebanyak 5,411 kes sembuh dicatat menjadikan jumlah kumulatifnya 650,964 kes, manakala kes aktif kini 61,162.
Jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 4,721 susulan 84 kematian baharu yang dilaporkan, dengan sebanyak 869 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 438 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham berkata 30 kluster baharu dikesan hari ini dengan 20 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, sembilan kluster melibatkan komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah lapan di Selangor iaitu Tapak Bina Persiaran Aspirasi, Sungai Linau, Jalan Langat Utama Satu, Industri Jalan Kilang Bestari, Industri Jalan Seruling 57, Industri Rawang Perdana Satu, Industri Mahkota Beranang dan Industri Jalan Udang.
Kluster tempat kerja lain adalah Jalan Haruan Tujuh, Perusahaan Pantai dan Permata Satu 2 di Negeri Sembilan, selain Jalan Sungai Antu (Sarawak), Industri Murni Lapan (Johor), Jalan Keluli Industri (Johor), Dah Industri Sungai Getah (Kedah), Dah 3/5 Industri Sungai Petani (Kedah), Paris Tiga (Sabah), Taman Tun Dr Ismail (Kuala Lumpur), Pulai Jaya Sembilan (Perak) dan Sentral Triang (Pahang).
Kluster komuniti pula adalah Jalan Kubur, Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa di Kuala Lumpur, Kampung Kajang Sebidang (Kelantan), Taman Kurnia Jaya (Kelantan), Dah 30 Relong (Kedah), Brumas Camp (Sabah), Jalan Senai Jaya Satu (Johor) dan Sungai Separai (Sarawak), manakala kluster kumpulan berisiko tinggi adalah Jalan Cox (Selangor).
"Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 2,720 dengan 867 kluster aktif," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 5,841 Kes Positif Baharu, Selangor Kekal Negeri Catatkan Kes Tertinggi
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 5,841 Kes Positif Baharu, Selangor Kekal Negeri Catatkan Kes Tertinggi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/covid-19-sebanyak-5841-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 5,841 Kes Positif Baharu, Selangor Kekal Negeri Catatkan Kes Tertinggi"
Catat Ulasan