Judul : Dakwaan Langgar SOP: ADUN Chini Bersama Tiga Lagi Individu Di Panggil Beri Keterangan Di IPD Pekan Untuk Membantu Siasatan Polis
link : Dakwaan Langgar SOP: ADUN Chini Bersama Tiga Lagi Individu Di Panggil Beri Keterangan Di IPD Pekan Untuk Membantu Siasatan Polis
Dakwaan Langgar SOP: ADUN Chini Bersama Tiga Lagi Individu Di Panggil Beri Keterangan Di IPD Pekan Untuk Membantu Siasatan Polis
Terdahulu, semalam seorang individu dari Felda Chini 3 membuat laporan di Balai Polis Chini berkaitan isu tersebut.
Turut bersama mereka di Tasik Chini pada tarikh tersebut ialah Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin (Exco Pahang), Prof Dr Maketab Mohamad (Bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia), Azam Abd Rahman (Blogger Pahangku Media) dan beberapa individu yang lain.
Difahamkan selepas berada di Tasik Chini mereka kemudiannya telah dijamu makan pula di kediaman ADUN Chini di Felda Chini 3.
Farid menerusi satu hantaran terbaharu di facebook beliau mendakwa kesemua mereka telah memberikan kerjasama dan redha dengan hukuman yang bakal diberikan.
"Nasib kurang baik hari ini, dipanggil ke IPD Pekan untuk memberi keterangan atas satu laporan polis yang dibuat ke atas saya, YB Shahrim Md Zain, Datuk Nizar Najib dan Puan Sida Tantiana Sariat," katanya di facebook beliau hari ini.
Beliau turut mendakwa laporan Polis yang dibuat ke atas mereka dibuat atas dakwaan pelanggaran SOP ketika melakukan tinjauan di Tasik Chini pada 13 Jun lepas.
"Dalam kes saya, tidak memakai pelitup muka dengan betul. Kisahnya apabila ada salah seorang daripada individu yang hadir meminta untuk berselfie, dan tentulah kami tidak menolak permintaan tersebut dan menganggap ianya untuk simpanan peribadi.
"Bagi saya, apabila di ajak bergambar, secara spontan pelitup muka saya turunkan, dan saya akui ini satu kesilapan. Sebenarnya, tinjauan tersebut bertujuan untuk melihat sendiri apa yang berlaku di sana, dan mendengar pandangan professional oleh beberapa tokoh dan aktivis alam sekitar," tambah beliau.
Farid turut mendakwa ianya (ke Tasik Chini) bukan lawatan untuk tujuan bersiar-siar atau melancong seperti didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi ada tugas yang perlu dilaksanakan.
"YB Shahrim, selaku ADUN Chini pula memberikan pandangan dari perspektif warga Chini. Pandangan yang kami perolehi ini kami bawa ke pengetahuan YAB Menteri Besar, seterusnya bagi membolehkan Kerajaan Negeri menyiapkan pelan dan perancangan bagi proses pemulihan Tasik Chini yang bakal melibatkan penduduk setempat.
"Cuma yang agak sukar difahami, kami ke sini untuk membantu menyelesaikan isu yang diperjuangkan oleh seseorang, sepatutnya orang yang sama menyokong usaha kami tetapi sebaliknya memviralkan kesilapan kami yang tiada kena mengena dengan alam sekitar kepada umum," katanya lagi.
Farid turut menjelaskan selepas seminggu di viralkan, ada seorang pemimpin dari parti politik tertentu di Pekan telah membuat laporan polis ke atas kami.
"Kecuaian dan kealpaan yang berlaku tidak akan diulangi," katanya.
Melihat kepada komen netizen di posting facebook Farid, rata-rata menyalahkan pihak yang mengangkat dan membuat laporan polis terhadap isu ini.
Mereka malah menganggap Farid pejuang sebenar sebab pergi ke Tasik Chini untuk melihat sendiri situasi di sana.
Melawat Tasik Chini bukan Essential Services yang mendesak ketika PKP
Persoalannya, mereka semua lupa ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) masih berjalan. Dan melawat Tasik Chini bukan perkhidmatan yang perlu (Essential Services).
Mereka lupa pasangan jarak jauh (PJJ) dilarang berjumpa, kilang ditutup dan mereka yang nak solat jemaah dan buat kerja kematian pun telah dikenakan kompaun dalam sehari dua ini.
Bukan sahaja isu tidak pakai mask dengan betul atau penjarakan sosial. Soalnya mereka semua dari luar dan melebihi 10 kilometer yang ditetapkan. Malah, Prof Dr Maketab dari Johor Bahru, Datuk Nizar dr KL, Azam Abd Rahman dari Jerantut. Ada yang dari Lipis, Kuantan dan lain-lain lokasi yang kesemuanya melebihi 10 kilometer.
Kenapa disalahkan pihak yang membuat aduan dan angkat isu ini. Sepatutnya mereka salahkan pihak yang ambil gambar selfie kemudian menularkannya di dalam facebook. Mungkin tujuannya baik, tapi tidak kena masa dan tempat ketika PKP 3.0 masih dilaksanakan sekarang ini. Ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Dakwaan Langgar SOP: ADUN Chini Bersama Tiga Lagi Individu Di Panggil Beri Keterangan Di IPD Pekan Untuk Membantu Siasatan Polis
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Langgar SOP: ADUN Chini Bersama Tiga Lagi Individu Di Panggil Beri Keterangan Di IPD Pekan Untuk Membantu Siasatan Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/dakwaan-langgar-sop-adun-chini-bersama.html
0 Response to "Dakwaan Langgar SOP: ADUN Chini Bersama Tiga Lagi Individu Di Panggil Beri Keterangan Di IPD Pekan Untuk Membantu Siasatan Polis"
Catat Ulasan