Loading...

Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan

Loading...
Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan
link : Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan

Baca juga


Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan



PETALING JAYA – Enam lagi lokaliti melibatkan lima kawasan di Sabah dan satu kawasan di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) berkuat kuasa Selasa ini sehingga 5 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Skim Pamalan, Keningau; Kampung Jaya Baru, Kunak; Taman Wijaya, Kota Kinabalu; Kampung Serudung Baru, Tawau dan Kampung Ladang Brumas, Kalabakan.

“Turut dikenakan PKPD satu lokaliti di Mentakab, Pahang melibatkan lima taman perumahan iaitu Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan Taman Saga Indah.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut dengan pelaksanaan PKPD bertujuan menyekat pergerakan dan penularan
jangkitan wabak dari kawasan berisiko,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, PKPD di Kampung Pulutan, Nabawan, Sabah yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 5 Julai depan berikutan masih terdapat jangkitan baharu direkodkan.

Sementara itu, Ismail turut mengumumkan penamatan PKPD melibatkan enam lokaliti di Sabah iaitu Kampung Murni C, Nabawan; Kampung Tamalang serta Kampung Tuguson, Kota Belud; Kampung Bergosong, Tawau; Pangsapuri Taman Permata, Sandakan dan Kampung Ongkilan, Kota Marudu.

Manakala, PKPD meliputi empat lagi lokaliti di Kuantan Pahang, Pahang turut tamat seperti dijadualkan esok iaitu Kampung Jaya Gading, sebahagian Kampung Seri Damai, Bandar Jaya Gading dan Kawasan perindustrian Gebeng. #sumber



Demikianlah Artikel Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan

Sekianlah artikel Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/enam-lokaliti-di-sabah-pahang-kena-pkpd.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Kena PKPD Berkuatkuasa Selasa Ini Hingga 5 Julai Depan"

Catat Ulasan

Loading...