Loading...

Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Loading...
Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan
link : Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Baca juga


Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

 

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan mencadangkan supaya keseluruhan Hutan Simpan Chini, Pekan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Menurut kenyataan JPNP hari ini, peruntukan dianggarkan berjumlah RM10 juta akan digunakan untuk memulihkan kawasan seluas kira-kira 202.34 hektar di hutan tersebut.

"Pada Julai 2020, kerajaan negeri telah mengarahkan JPNP untuk menyegerakan aktiviti pemulihan di kawasan ceroboh lombong di Tasik Chini, selain mempergiat usaha memulihkan kawasan lombong yang dilakukan melalui Kumpulan Wang Pemulihan Lombong selepas tiada lesen baru diluluskan sejak 2019.

"Usaha ini banyak dilakukan di kawasan zon penampan seluas kira-kira 13.12 hektar dengan menanam pelbagai spesies buluh, tanaman tutup bumi serta spesies pokok bersesuaian seperti pokok merawan siput jantan dan meranti temak nipis," kata JPNP.

Selain itu, JPNP dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli juga telah merancang Projek Perintis Perhutanan Sosial bersama Komuniti Orang Asli di kawasan berkenaan dengan beberapa siri konsultasi bersama masyarakat itu dari Kampung Gumum dan Kampung Melai, yang dilaksanakan sejak 2018.

Kerajaan negeri menerusi JPNP juga telah melancarkan kempen '1 pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang' yang menyasarkan penanaman pokok sebanyak lima juta batang pada tahun ini, yang turut melibatkan kawasan sekitar Tasik Chini.

"Semua pokok yang ditanam di Chini akan direkodkan melalui kempen ini yang juga dilaksanakan bagi menyokong dan menjayakan Program Penghijauan Malaysia yang menyasarkan tanaman sehingga 100 juta pokok menjelang 2025," menurut kenyataan itu. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Sekianlah artikel Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/jabatan-perhutanan-pahang-cadang-hutan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan"

Catat Ulasan

Loading...