Judul : Kerajaan Setuju Sediakan Bayaran Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) Sebanyak RM1,000
link : Kerajaan Setuju Sediakan Bayaran Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) Sebanyak RM1,000
Kerajaan Setuju Sediakan Bayaran Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) Sebanyak RM1,000
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini,
"Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro termasuk pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatandapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.
"Apa yang penting kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.
Muhyiddin berkata, pelaksanaan GKP itu berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau 'business survival' dalam kalangan pengguna kecil, terutama mereka yang tidak dibenarkan beroperasi.
"Secara keseluruhannya kerajaan sudah memperuntukkan tambahan RM5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.
"Terkini di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak
sudah mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1,000 kira-kira dua minggu lalu dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan Julai nanti," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, bantuan itu termasuk dalam fokus kedua dalam pakej PEMULIH ialah menyokong perniagaan.
Ini kerana, katanya, kerajaan sedar dalam Fasa Pertama dan Kedua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
"Oleh itu, kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam kedua-dua fasa ini.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, melalui fokus kedua ini, beberapa tambahan akan ditambah baik antaranya kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan bantuan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan pencarian insentif penggajian. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Setuju Sediakan Bayaran Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) Sebanyak RM1,000
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Setuju Sediakan Bayaran Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) Sebanyak RM1,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/kerajaan-setuju-sediakan-bayaran.html
0 Response to "Kerajaan Setuju Sediakan Bayaran Tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) Sebanyak RM1,000"
Catat Ulasan