Loading...

Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !

Loading...
Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !
link : Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !

Baca juga


Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !

 

KUALA LUMPUR - Terus mendesak agar parlimen dibuka semula, bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib  Tun Razak hari ini menyindir Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun yang berpendapat sebaliknya.

Masih 'nakal' di media sosial Najib berkata sekarang berlaku situasi "ajaib" apabila pendirian itu kekal ketika kerajaan memiliki kuasa besar melalui darurat untuk mengadakan sidang parlimen.

Kata Najib dengan berkuatkuasanya darurat kerajaan boleh bertindak lebih mudah seperti mengambil alih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menggantung Akta Kewangan untuk membolehkan mereka berbelanja "sesuka hati".

Kerajaan juga katanya sebelum ini meminda had maksimum kompaun kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dari RM1,000 menjadi RM10,000.

"Tapi tak boleh pinda akta untuk membenarkan sidang parlimen secara maya pulak.

"Pelik, sidang maya dengan ratusan tauke sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh pula. Lagi ajaib," katanya lagi.

Sebelum ini Azhar dipetik sebagai berkata banyak pindaan undang-undang perlu dilakukan sebelum sidang parlimen secara maya dapat dilakukan di negara ini.

Kenyataan itu dibuat ketika ramai pemimpin UMNO - termasuk timbalan Azhar sendiri, Datuk Azalina Othman Said - berpendapat sidang parlimen perlu diadakan bagi membincangkan situasi semasa negara berdepan Covid-19.

Kata ahli parlimen Pengerang itu, sidang tersebut boleh diadakan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Untuk rekod, Azhar dan Azalina adalah tokoh pengamal undang-undang kanan dan dikenali ramai sebelum ini.

Kata Najib kejanggalan juga dapat dilihat pada pelaksanan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang berkuat kuasa selama dua minggu mulai hari ini.

"Ajaib seperti buat total lockdown dengan traffic jam selepas 95,142 buah syarikat diberi kebenaran beroperasi oleh Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) setakat ini," katanya lagi. #sumber



Demikianlah Artikel Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !

Sekianlah artikel Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/najib-anggap-alasan-speaker-azhar-harun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !"

Catat Ulasan

Loading...