Loading...

Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19

Loading...
Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19
link : Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19

Baca juga


Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19

 


SHAH ALAM - Penjawat awam bakal menyumbangkan sebahagian daripada gaji mereka selama tiga bulan bagi menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik Covid-19 di dalam negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, inisiatif tersebut akan melibatkan pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Katanya, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

“Sumbangan daripada lebih 800,000 penjawat awam tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan menteri dan timbalan menteri dalam kabinetnya bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini sebagai tanda sokongan terhadap pembiayaan perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Sementara itu, Mohd Zuki berkata, kadar sumbangan elaun ITK bagi Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) A ke atas adalah sebanyak 50 peratus diikuti Jusa B (20 peratus), Jusa C (10 peratus) dan Gred 44 hingga 56 (lima peratus).

Menurutnya, kadar sumbangan elaun ITKA daripada penjawat awam Gred 29 hingga 41 pula adalah sebanyak RM10.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga kita.

“Marilah kita meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara serta membantu memastikan kita berjaya mengharungi tempoh yang mencabar ini,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19

Sekianlah artikel Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/06/penjawat-awam-bakal-sumbang-sebahagian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19"

Catat Ulasan

Loading...